Thursday, June 17, 2010

16 JUN 2010 : TELUR BERDIRI TARIK PERHATIAN

KANAK-KANAK tahun enam dari Tabika Padungan memerhatikan beberapa telur ayam mentah berdiri tegak tepat pukul 12 tengah hari hingga 1 petang, ketika tinjauan Utusan Malaysia di Kuching

FENOMENA telur ayam ‘berdiri’ mendapat perhatian beberapa murid Tabika Padungan, Sarawak yang kagum dengan faktor graviti yang menyebabkan kejadian itu berlaku semalam.

Murid-murid berkenaan diberi penerangan oleh pengetua tabika tersebut mengenai fenomena alam berkenaan yang hanya berlaku pada waktu gerhana matahari.

Peristiwa itu turut mendapat perhatian ibu bapa yang mahu mengambil anak-anak mereka pulang dari tabika.

Para saintis berpendapat bahawa di antara matahari dan bumi terdapat garis-garis medan graviti yang dapat mempengaruhi elektron-elektron dalam telur menjadi stabil sekali gus membolehkannya ‘berdiri’.

Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku di antara pukul 12 hingga pukul 1 petang berikutan graviti bulan dan matahari berada dalam keadaan sejajar

No comments:

Post a Comment