'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, April 29, 2009

Selesema babi serang Mexico

GAMBAR virus H1N1 selesema babi yang diedarkan kelmarin oleh Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat.
H1N1 disahkan jadi punca kematian berpuluh penduduk



Sejenis virus selesema khinzir yang baru dikesan disahkan membunuh berpuluh penduduk di Mexico sehingga memaksa pihak berkuasa negara itu menutup sekolah, muzium, perpustakaan dan teater kelmarin mencetuskan kebimbangan penularan wabak itu ke seluruh dunia.


Kebimbangan terhadap virus baru itu - H1N1 - yang menggabungkan genetik babi, burung dan manusia tidak pernah dikesan penyelidik sebelum ini turut menjangkiti sekurang-kurangnya lapan penduduk di Texas dan California, namun belum ada kematian dicatatkan di negara itu.


"Kami amat bimbang," kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Thomas Abraham.

"Kami dapati apa yang berlaku ialah penemuan sejenis virus baru dan ia boleh merebak daripada manusia kepada manusia." Wabak itu menyebabkan kebimbangan di Mexico, di mana lebih 1,000 penduduk dilaporkan sakit. Penduduk di ibu negara itu mula memakai topeng mulut dan pihak berkuasa mengarahkan lebih banyak tempat awam di tutup. Sehingga kini belum ada vaksin khusus untuk melindungi virus khinzir itu dan belum jelas bagaimana virus selesema manusia sekarang ini dapat melindunginya.

Pemangku Pengarah Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat, Dr Richard Besser berkata vaksin baru yang bersesuaian dengan virus selesema itu sedang dicipta. Sekiranya kerajaan memutuskan penghasilan vaksin adalah perlu, pengeluar akan mula mengeluarkannya.
Sementara itu, di LOS ANGELES, pihak berkuasa kesihatan California menjangka lebih banyak pertambahan kes selesema itu akan dikesan selepas sekurang-kurangnya lapan penduduk di Amerika disahkan menghidapnya.
California yang mencatatkan enam kes seumpama itu berkata pihak kerajaan negeri bekerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa dan persekutuan di mana Gabenor Arnold Schawarzenegger mahu tindak balas segera dilaksanakan.
– AP/Reuters

Wednesday, April 8, 2009

BN kekal di Batang Air

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air dengan majoriti besar 1,854 undi yang menggambarkan masyarakat Iban di pedalaman menyokong kuat kerajaan dan menolak pembangkang.
Calon BN, Malcom Mussen Lamoh memperoleh 3,907 undi mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Jawah Gerang (2,053 undi).
Keputusan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Batang Air, Nelson Mujah Girie pada pukul 7.44 malam di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini hari ini.
"Saya sebagai Pengurus Pilihan Raya N.29 Batang Air mengisytiharkan Malcom Mussen Lamoh menang dengan majoriti 1,854 undi.
"Sebanyak 59 undi rosak manakala 75.32 peratus dari 3,006 pengundi telah keluar mengundi," kata beliau.
Kerusi DUN Batang Air kosong selepas penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot (BN) meninggal dunia pada 24 Februari setelah koma sembilan bulan akibat diserang angin ahmar.
Proses pengiraan untuk kesemua kotak pembuangan undi di 25 pusat pengundian selesai pada pukul 7.30 malam sebelum pengumuman calon yang menang dibuat oleh Mujah.
Kemenangan Malcom turut diraikan oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Seri Dr. James Masing; Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg; dan Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan.
Sementara itu, Malcom yang ditemui bersyukur dan berterima kasih kepada semua komponen BN yang bekerja keras membantu kemenangannya.
"Saya berterima kasih kepada semua pengundi. Sudah tentu terima kasih ini juga kepada semua parti komponen BN. Pengundi bijak dan matang dalam membuat keputusan," kata beliau.
Sehubungan itu, beliau berjanji melaksanakan pembangunan dalam tempoh dua tahun akan datang di DUN Batang Air dengan menaiktaraf prasarana kesihatan, jalan raya, sekolah di kawasan pedalaman dan sebagainya.

Thursday, April 2, 2009




PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Razak melambai selepas masing-masing menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, hari ini. Abdullah menghadap Seri Paduka bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya.


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri diadakan jam 10 pagi esok di Istana Negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, Mohd Sidek berkata, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka jam 10 pagi ini untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru.
Beliau berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam bahawa Seri Paduka sudah memberi perkenan itu ketika beliau menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat mingguan Kabinet.
"Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," kata kenyataan itu.
- Bernama