'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, March 31, 2009

One-on-one in Batang Ai



The Batang Ai by-election will be a straight fight between Barisan Nasional (BN) and Parti Keadilan Rakyat (PKR) after all.

And if the sea of people who flooded this rural town yesterday was any indication of what the days until polling on April 7 will be like, it will be the mother of all by-elections in the state.
PKR’s Jawah Gerang was the first to submit his papers at the nomination centre at the Lubok Antu Sports Complex at 9.03am.

He was proposed by Unggeh Babong and seconded by Lepang Grang.BN’s Malcolm Mussen Lamoh arrived 12 minutes later.

He was proposed by Grang Jubin and seconded by Jampi Tutong.

The expected third man in the race, blogger Johnny Chuat, actually entered the nomination centre at about 9.07am, but he would later withdraw for reasons that would be a source of speculation for a long time.

Returning officer Nelson Mujah Girie closed the nomination time at 10am to allow for a protest period from 10am to 11am.

A protest was made against Mussen, questioning the validity of his resignation as a senior government officer.
However, Mujah decided that there were no grounds to reject Mussen’s nomination, thus allowing the one-on-one contest between Mussen and Jawah.

Outside, thousands of people awaited Mujah’s announcement which officially kicked off the race.
After Mujah performed his task at 11.15am, the complex erupted into a loud chorus of cheers and boos.

Some estimates say there were more than 15,000 people in Lubok Antu yesterday. They came from throughout the state and from almost every political party.

BN supporters appeared to outnumber that of PKR.

In the Lubok Antu Sports Complex alone, it was estimated that there were 3,000 BN supporters and 2,000 PKR supporters.

BN came in full force, led by Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, who is also State BN chief; deputy chief ministers, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan and Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, other state ministers and top guns in the state BN.

Representatives from Sabah BN, led by Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan and newly-elected vice-president of Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, were also present to lend their support to Mussen.

As for PKR, they were led by Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, their assemblymenin Sarawak Dominique Ng and Gabriel Adit, as well as the other top brass in the party.

They were joined by their partners in Pakatan Rakyat – Democratic Action Party (DAP) led by its Sarawak chairman Wong Ho Leng and Sarawak National Party (SNAP) led by president Edwin Dundang.

Holding banners and flags, party supporters had gathered at the field near the complex from as early as 6.45am.

As the crowd grew, the constant jeering and intimidation from both sides also increased.
The able handling of the situation by the police made sure things did not go out of hand between the two sets of supporters.

At one time during the submission of nomination papers, a state PKR leader almost created a ruckus when he argued with BN leaders where the BN supporters were gathered.

Another tense situation was when an opposition supporter tried to intimidate BN supporters by waving the party’s flag as he walked past them. A total of 8,006 registered voters are expected to cast their votes in 24 polling districts in this constituency.

Thursday, March 12, 2009

TAWARAN MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN...Adakah ini benar?

Terdapat banyak iklan menawarkan peluang kepada mereka yang terpikat atau terperdaya terpapar di laman laman web berberapa media masa, surat khabar dan majalah majalah tempatan.

Aneh nya ia se akan mendapat restu pihak berkuasa kerana tidak ada tindakan untuk menangani atau mencegah dari rakyat termakan umpan dan mungkin tertipu. Berberapa tahun dahulu, pihak berkuasa beria ia membasmi pelaburan haram melalui internet yang mana menyebabkan pelabur yang menyertai skim berkenaan rugi berjuta-juta ringgit kerana melari diri dari tindakan pihak berkuasa.

Dibawah iklan yang terdapat dalam web laman media masa yang tidak asing kepada kita.

Iklan tek


Minat Bisnes, Tiada Produk? Klik Sini!
LUMAYAN KERJA 100%ONLINE, DAFTAR PERCUMA
GRAFIK PHOTOSHOP ILLUSTRATOR PALING GEMPAKKKK!!
Sambil Berkenalan Menjana Pendapatan Lumayan
ALPHALIPID!! Penawar Ajaib & Punca Rezeki
MELAHIRKAN RAMAI JUTAWAN, DAFTAR PERCUMA !!
RAHSIA HIDUP SIHAT SEKELUARGA DENGAN .....
RAHSIA KEBAHAGIAAN SUAMI-ISTERI TERBONGKAR!!
!!!! PRODUK WANITA !!!!
>>LELAKI sahaja -KLIK kalau BERANI !<<>>
MUDAH, MURAH & TELUS !!!
PENTERNAKAN CACING ORGANIK!! PENDAPATAN LUMAYAN!!
PELUANG UNTUK SEMUA LEADER MLM
BISNES HEBAT RAMAI ARTIS SERTAI
MARI BUAT DUIT ONLINE PERCUMA !
+++SANGAT MURAH!! PRABAYAR PALING UNTUNG+++
Peluang Jana Pendapatan Harian Anda
BISNES LUMAYAN BERSAMA ARTIS !
RAHSIA JUTAWAN SEGERA
PANAS!! PENDAPATAN 6ANGKA BERSAMA ALPHALIPID
$$BONUS DUIT$$.... VEMMA PERCUMA ONLINE
RAHSIA JUTAWAN TERBONGKAR !!!
DAFTAR PERCUMA...JANA WANG$$ 100%ONLINE
RMXXXX/bulan, 100%online, sambilan bersama DCL4U

Sarawak: Penulis blog pecah belah kaum Iban diselar

"Jangan membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpangkalan di Semenanjung untuk membuli dan memecahbelahkan perpaduan di kalangan orang Dayak terutama kaum Iban di Sarawak terutama di kawasan majoriti Iban." Itu amaran Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, yang mempunyai 95 peratus pengundi Iban.

Beliau menyelar tindakan beberapa penulis blog dari kaum Dayak sendiri yang didalangi PKR, yang kononnya memperjuangkan perpaduan di kalangan orang Dayak terutama kaum Iban, tetapi mereka sendiri yang mahu melaga-lagakan orang Iban, termasuk mahu meletakkan calon menentang wakil Barisan Nasional (BN) dari PRS - satu-satunya parti mewakili kaum Dayak di Sarawak.
"Mereka kononnya mendakwa memperjuangkan 'ketuanan Iban' di kawasan majoriti Iban, tetapi sikap dan tindakan mereka menggambarkan sebaliknya.

Mereka mahu memecah-belahkan perpaduan di kalangan kaum Iban," katanya pada sidang media di Ibu pejabat PRS di sini, semalam. Masing berkata, pilihan raya kecil DUN Batang Air yang penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April, amat penting bagi membuktikan bahawa kaum Iban mahu bersatu dan tidak mahu dipermain-mainkan oleh PKR. "Pertandingan di DUN Batang Air cukup menarik kerana 95 peratus pengundinya tulen kaum Iban bukan dari suku kaum Dayak yang lain. Calon yang akan diturunkan BN juga datangnya daripada parti tunggal berlandaskan kaum Dayak di Sarawak iaitu PRS.

"PRS akan letakkan seorang calon dari suku kaum Iban untuk bertanding atas tiket BN. Pada masa sama kita ada sekumpulan penulis blog Dayak yang kononnya bercakap mengenai 'ketuanan Iban'. "Kalau orang Dayak khususnya masyarakat Iban cukup bijak mereka tidak akan membenarkan PKR, sebuah parti dari Semenanjung yang bukan berlandaskan kaum Dayak untuk memperalat dan memecahbelahkan mereka," katanya.

Justeru kata beliau, pilihan raya kecil ini adalah medan terbaik untuk kaum Iban membuktikan mereka sentiasa bersatu dan tidak rela dibuli oleh parti berpangkalan di Semenanjung, yang bukan berlandaskan kaum Dayak. Masing turut mengumumkan bahawa beliau sendiri akan menjadi Pengarah Operasi BN bagi pilihan raya kecil berkenaan kerana DUN Batang Air adalah kawasan PRS dan calon juga dari parti itu.

Katanya, pusat khidmat wakil rakyat penyandang kerusi berkenaan, mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot akan dijadikan bilik gerakan BN dalam pilihan raya kecil itu. Mengenai kemungkinan satu nama calon yang dikemukakan beliau tidak akan diterima oleh pucuk kepemimpinan BN, beliau berkata PRS mempunyai masa yang cukup untuk mengemukakan nama calon lain jika perlu.

Diminta mengulas tanggapan BN bakal berhadapan tugas sukar jika bekas Ahli Parlimen Lubok Antu empat penggal berturut-turut, Jawah Gerang, menjadi pertaruhan PKR dalam pilihan raya kecil itu, Masing berkata Batang Air adalah kubu kuat Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan PRS, dengan mereka mempunyai kekuatan yang sukar digugat di kawasan itu. PRS adalah parti serpihan yang ditubuhkan selepas PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). "PBDS pernah bertanding di situ ketika berada di luar BN dan kita menang, selepas itu PBDS diikuti PRS bertanding atas tiket BN pula, juga menang. Kita tidak pernah kalah dalam pilihan raya baik Parlimen mahupun negeri di kawasan itu sejak 1983," katanya. Namun biarpun menganggap Batang Air sebagai kubu kuat dan kawasan putih bagi BN, beliau berkata jentera BN akan tetap bekerja keras bagi memastikan bukan sahaja calonnya menang di situ, malah menang dengan majoriti yang besar.

BH12/03/09

Wednesday, March 11, 2009

Nelayan sambut baik keputusan tak wajibkan kotak ikan berinsulasi

Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Penesa) semalam mengalu-alukan keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tidak mewajibkan semua pemborong ikan menggunakan kotak ikan berinsulasi yang dicadangkan sebelum ini.

Pengerusinya Jamali Basri, berkata keputusan itu, membuktikan kementerian terbabit sentiasa mengambil kira pelbagai pendapat dari beberapa pihak termasuk bantahan daripada kalangan pemborong ikan, sebelum ini. Bagaimanapun katanya, orang ramai terutama masyarakat nelayan termasuk kalangan pemborong ikan tidak boleh mengambil kesempatan terhadap keterbukaan kementerian terbabit.

"Keputusan kementerian itu untuk tidak mewajibkan semua pemborong ikan menggunakan kotak ikan berinsulasi yang diumumkan kelmarin bukan membayangkan pihak terbabit tidak tegas dengan apa keputusan sebelum ini. "Keputusan itu dibuat, selepas kementerian berkenaan menerima beberapa maklum balas daripada banyak pihak berhubung dengan cadangan itu," katanya kepada Berita Harian, ketika diminta mengulas perkara itu semalam.

Kelmarin Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menterinya Datuk Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya memutuskan penggunaan kotak ikan berinsulasi tidak diwajibkan untuk digunakan oleh pemborong-pemborong ikan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan kelmarin selepas langkah mewajibkan penggunaan kotak pintar itu mendapat bantahan ramai kalangan pemborong. Sehubungan itu, beliau berkata isu ini sudah dianggap selesai. Sebelum ini, penggunaan kotak itu mendapat bantahan keras oleh pemborong ikan di seluruh negara kerana kos penggunaannya dikatakan amat tinggi berbanding penggunaan kotak sedia ada. Mustapa juga berkata kementeriannya kini memutuskan untuk memberikan insentif kewangan kepada pemborong yang menggunakan kotak ikan berinsulasi itu.

Beliau berkata jumlah insentif kewangan itu akan diumumkan minggu depan, selepas beberapa perbincangan mengenainya selesai. Katanya adalah tidak benar semua pemborong ikan memboikot penggunaan kotak itu kerana berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati kira-kira 10 peratus pemborong ikan menggunakan kotak tersebut. Mustapa berkata dengan pengumuman itu beliau berharap semua peniaga ikan di negara tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ikan seperti yang berlaku sebelum ini.

Sunday, March 1, 2009

RM1.57 juta baiki SJKC usang di Sarawak

Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan geran sebanyak RM1.57 juta bagi membaikpulih sembilan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pertama yang memerlukan pembaikan segera di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata sekolah berkenaan diberikan keutamaan berikutan keadaan sekolah yang usang.

"Beberapa sekolah dibina pada tahun 1920, dan dalam keadaan terdesak untuk pembaikan dan pembinaan semula kerana dianggap tidak lagi selamat untuk proses pembelajaran dan pengajaran," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, beliau yang diiringi Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Umum Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, mengadakan pertemuan dengan anggota Lembaga Pengarah sekolah-sekolah Sibu, Kuching, Sri Aman, Samarahan, Sarikei, Bintulu dan Miri.

"Pada mesyuarat hari ini, saya menerima permohonan bagi dana membaiki, mengubahsuai dan menyelenggara bangunan sekolah.

"Pada peringkat awal ini saya menyenarai pendek 40 sekolah tetapi masih banyak lagi permohonan diterima. Ini memerlukan dana yang besar mungkin melebihi RM1 juta," katanya.
Dr. Wee berkata terdapat 13 permohonan lain di samping desakan meminta kerajaan membantu dalam pembiayaan projek terbengkalai ekoran masalah kewangan.

Katanya dalam pakej rangsangan ekonomi dalam Bajet 2009, kerajaan meluluskan sejumlah RM3.82 juta untuk membantu sekolah-sekolah seumpamanya di seluruh negara.

"Keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak. Anggota politik Barisan Nasional Sarawak juga lantang menyuarakan permohonan bantuan daripada kerajaan," katanya.
Bagi sekolah-sekolah mubaligh di Sarawak, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta bagi pembangunannya.

- Bernama