'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, September 17, 2009

Kawalan pintu masuk Sarawak diperketat

Jabatan Imigresen negeri akan mengetatkan lagi kawalan di semua pintu masuk sempadan di negeri ini bagi menangani isu pemerdagangan manusia serta eksploitasi pekerja asing.

Pengarahnya, Datuk Robert Lian berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjadikan pintu sempadan negeri ini sebagai laluan penyeludupan manusia.

"Kita tidak mahu perkara itu berlaku di Sarawak. Jabatan Imigresen negeri akan bertindak tegas untuk mengatasinya. Ia adalah cabaran yang besar dan perlu ditangani segera secara teratur dan berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada golongan kurang berkemampuan serta Penyampaian Sumbangan Kuih Raya kepada pengawal Pos Imigresen Sungai Tujuh di sini semalam.

Robert menjelaskan, kakitangan imigresen perlu meningkatkan komitmen, kemahiran dan pengetahuan untuk menangani isu pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang merentasi sempadan.

"Difahamkan terdapat kekangan dalam langkah menangani buruh paksa, pelacuran, mangsa keganasan seks dan eksploitasi pekerja asing serta kesukaran mendakwa mereka di bawah Akta Anti-Pemerdagangan Orang 2007," katanya.

Jelas beliau, agensi yang berkaitan dengan isu itu harus menggembleng tenaga untuk memastikan akta berkenaan dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan secara berkesan.

"Peluang pekerjaan serta ekonomi yang kukuh di negeri ini telah menarik kehadiran warga asing untuk datang ke negeri ini.

"Maka, ada pihak tertentu mengambil kesempatan mencari keuntungan dengan cuba menjual manusia ke negeri ini," tambahnya.

Robert juga turut meminta kerjasama dengan Jabatan Imigresen negara jiran seperti Brunei bagi menjalinkan kerjasama erat bagi memerangi dalang kegiatan menjual manusia.

"Menerusi kerjasama ini mangsa akan dapat diselamatkan dan dalangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk mendapat hukuman yang setimpal," tegas beliau.

Mengenai majlis itu, Robert melahirkan penghargaan terhadap usaha Kelab Rekreasi Imigresen Sarawak (Keris) kerana menyumbang serta mengagihkan kuih raya kepada semua pengawal yang bertugas di pintu-pintu masuk Imigresen pada musim perayaan ini.

No comments: