'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, April 29, 2008

100 ditahan dalam Ops Sapu

Sebahagian 100 pemuda yang ditahan dalam Ops Sapu

Remaja berusia antara 10 dan 21 dicekup di Kompleks Medan Pelita, dalam usaha polis atasi gejala negatif

Kira-kira 100 remaja berusia antara 10 hingga 21 tahun ditahan dalam Ops Sapu yang dilancarkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching, di sekitar bandar raya ini bagi membanteras kegiatan negatif di kalangan anak muda di sini, semalam. Pegawai Operasi, Cif Inspektor Mohd Morsidi Abdullah, berkata seramai 20 anggota polis dari Balai Polis Sentral bersama Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik, menahan remaja yang sedang melepak di Kompleks Medan Pelita, Tebingan Kuching dan kawasan sekitarnya.


"Semua remaja yang ditahan dibawa ke Balai Polis Sentral sebelum ujian air kencing dilakukan ke atas mereka selain pemeriksaan rekod dilakukan sekiranya mereka terbabit dengan kegiatan jenayah.

"Beberapa senjata berbahaya seperti rantai dan tali pinggang besi dirampas dengan mereka yang negatif ujian saringan akan dilepaskan, namun dinasihatkan supaya tidak melepak di sini lagi," katanya selepas mengetuai operasi berkenaan. Ada antara remaja berkenaan yang masih bersekolah ditahan dalam keadaan mabuk dan khayal disyaki akibat mengambil minuman keras serta mengambil pil khayal dari jenis 'nospen' yang dijual secara berleluasa di sini.

Morsidi berkata, remaja yang didapati positif mengambil dadah atau pil khayal akan ditahan dan disoal siasat bagi mengesan pengedar dadah yang menjadikan golongan remaja sebagai sasaran mereka.

"Ada antara remaja yang ditahan mempunyai kesan suntikan di lengan mereka selain berada dalam keadaan khayal dipercayai baru saja memakan pil khayal murah yang kesannya tidak terlalu lama.

"Ops Sapu ini dilancarkan IPD Kuching sebagai antara usaha polis memastikan kawasan sekitar Tebingan Kuching dan pusat tumpuan pelancong bebas dari kegiatan jenayah," katanya.

Kawasan Tebingan Kuching yang menjadi antara kawasan tumpuan pelancong ke bandar raya ini sering berlaku perbuatan jenayah seperti ragut dan samun dengan pelancong asing menjadi sasaran utama.

Sebagai langkah keselamatan, IPD Kuching bersama Unit Polis Pelancong melancarkan Ops Sapu dan rondaan berkala selama 24 jam bagi memastikan kawasan berkenaan bebas daripada gejala negatif selain memastikan ia selamat.


No comments: