'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, January 14, 2010

MTUC gesa Jabatan Tenaga Kerja lancar kempen kesan pekerja haram

13 Jan. 2010 - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa Jabatan Tenaga Kerja melancarkan kempen di seluruh negara bagi mengesan pekerja haram yang bekerja di negara ini terutamanya di restoran-restoran dan kedai kopi, secepat mungkin.

Setiausaha Agung MUTC, G. Rajasegaran berkata, pekerja-pekerja haram ini sering dieksploitasi oleh majikan yang tidak berperikemanusiaan dan menerima layanan seperti 'buruh dalam kurungan'.

Beliau berkata, MTUC percaya kebanyakan daripada pekerja haram ini dibawa masuk ke negara ini menggunakan visa waktu ketibaan dan pasport mereka disimpan oleh majikan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sejumlah 39,046 warganegara India 'hilang' di Malaysia selepas visa pelancongan mereka tamat tempoh.

Rajasegaran berkata, penguatkuasaan yang ketat oleh Jabatan Tenaga Kerja dapat membantu mengesan warganegara India yang 'hilang' itu yang kebanyakan daripada mereka bekerja secara haram terutamanya di restoran-restoran.

Menurutnya, setiap tahun, MTUC menerima banyak permohonan daripada pekerja haram berkenaan yang mahu pulang ke negara asal mereka tetapi tidak dapat berbuat demikian disebabkan pasport mereka disimpan oleh majikan mereka.

Beliau berkata, MTUC mendapati kebanyakan daripada pekerja terbabit ditipu untuk datang ke negara ini dengan dijanjikan pendapatan yang lumayan dan tempat kerja yang baik.

"Sesetengah daripada pekerja haram ini sudah berada di negara ini antara lima ke tujuh tahun dan berusaha untuk membebaskan diri daripada cengkaman majikan mereka yang tidak berperikemanusiaan," katanya.

Beliau percaya sesetengah daripada majikan berkenaan bekerjasama dengan ejen-ejen daripada 270 syarikat penyumberan luar di negara ini untuk membawa masuk pekerja haram terbabit.

Katanya, berkuat kuasa April tahun lepas, semua majikan perlu membayar levi pekerja-pekerja asing, bagaimanapun berdasarkan penyelidikan MTUC, majikan masih memotong bayaran levi itu daripada gaji pekerja.

"Kita harap perkara ini turut disiasat oleh Jabatan Tenaga Kerja," katanya.

Sementara itu, Bernama difahamkan Jabatan Tenaga Kerja sedang menjalankan rutin harian jabatan itu dengan memeriksa semua premis untuk memastikan tidak ada pekerja yang dieksploitasi. - Bernama

No comments: