'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, February 4, 2010

98,747 polis terima 'durian runtuh'

Seramai 98,747 anggota dan pegawai polis mendapat 'durian runtuh' berikutan pelaksanaan skim perkhidmatan baru membabitkan kenaikan gaji dan elaun Imbuhan Tetap Khidmat Polis (ITKP), berkuat kuasa 1 Januari tahun lalu.

Mengikut anggaran kasar, setiap anggota dan pegawai polis akan menerima bayaran penyelarasan antara RM1,500 hingga RM6,000 disebabkan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan ITKP.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata menerusi skim baru itu, inspektor menikmati kenaikan gaji permulaan sebanyak RM636, iaitu daripada RM1,423.50 kepada RM2,060.28 manakala gaji akhir ditambah daripada RM3,710.66 kepada RM4,962.39.
Asisten superintendan pula diberi kenaikan gaji permulaan sebanyak RM69.72, iaitu daripada RM2,060.28 kepada RM2,130 manakala gaji akhir pada skim lama RM4,962.39 dinaikkan kepada RM5,170.53.

"Pemberian gaji sebanyak itu (bagi inspektor) bersesuaian dengan perubahan daripada segi kelayakan masuk inspektor yang dinaik taraf daripada Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD)," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Beliau berkata, bagi pangkat sarjan, penambahan tiga skala gaji akhir diberikan iaitu daripada P1T15 kepada P1T18 manakala masing-masing daripada P1T12 kepada P1T15 bagi sarjan mejar dan sub-inspektor.

Bagaimanapun, katanya, pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih berbincang dengan agensi pusat mengenai kadar terperinci kenaikan bagi anggota berpangkat konstabel hingga koperal.

Mengenai elaun ITKP, beliau berkata, anggota terbabit akan menikmati kenaikan antara RM45 hingga RM150 mengikut pangkat.

Sarjan, sarjan mejar dan sub-inspektor akan menikmati kenaikan ITKP sebanyak RM45, iaitu daripada RM115 kepada RM160; asisten superintendan (RM300 kepada RM350); inspektor (RM160 kepada RM300) manakala superintendan (RM300 kepada RM450).

Hishammuddin bagaimanapun berkata, tarikh pembayaran penyelarasan dan gaji baru itu belum ditetapkan.

Katanya, skim perkhidmatan baru itu membabitkan 10,678 pegawai polis berpangkat inspektor hingga Timbalan Ketua Polis Negara dan 88,069 anggota pangkat rendah daripada Konstabel hingga sub-inspektor.

Beliau berkata, kenaikan itu selaras dengan saranan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 2005 serta memastikan skim perkhidmatan polis sentiasa relevan dan berdaya saing berbanding skim perkhidmatan lain.

"Saya berharap skim baru itu akan memberi semangat dan motivasi kepada seluruh warga PDRM, sekali gus meningkatkan tekad dan azam mereka untuk menjayakan hasrat kerajaan melahirkan pasukan polis yang lebih berwibawa dan mulia, selain menjayakan agenda Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)," katanya.

No comments: