'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, March 12, 2009

Sarawak: Penulis blog pecah belah kaum Iban diselar

"Jangan membenarkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berpangkalan di Semenanjung untuk membuli dan memecahbelahkan perpaduan di kalangan orang Dayak terutama kaum Iban di Sarawak terutama di kawasan majoriti Iban." Itu amaran Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Sri Dr James Jemut Masing, menjelang pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air, yang mempunyai 95 peratus pengundi Iban.

Beliau menyelar tindakan beberapa penulis blog dari kaum Dayak sendiri yang didalangi PKR, yang kononnya memperjuangkan perpaduan di kalangan orang Dayak terutama kaum Iban, tetapi mereka sendiri yang mahu melaga-lagakan orang Iban, termasuk mahu meletakkan calon menentang wakil Barisan Nasional (BN) dari PRS - satu-satunya parti mewakili kaum Dayak di Sarawak.
"Mereka kononnya mendakwa memperjuangkan 'ketuanan Iban' di kawasan majoriti Iban, tetapi sikap dan tindakan mereka menggambarkan sebaliknya.

Mereka mahu memecah-belahkan perpaduan di kalangan kaum Iban," katanya pada sidang media di Ibu pejabat PRS di sini, semalam. Masing berkata, pilihan raya kecil DUN Batang Air yang penamaan calon ditetapkan pada 29 Mac ini dan pengundian pada 7 April, amat penting bagi membuktikan bahawa kaum Iban mahu bersatu dan tidak mahu dipermain-mainkan oleh PKR. "Pertandingan di DUN Batang Air cukup menarik kerana 95 peratus pengundinya tulen kaum Iban bukan dari suku kaum Dayak yang lain. Calon yang akan diturunkan BN juga datangnya daripada parti tunggal berlandaskan kaum Dayak di Sarawak iaitu PRS.

"PRS akan letakkan seorang calon dari suku kaum Iban untuk bertanding atas tiket BN. Pada masa sama kita ada sekumpulan penulis blog Dayak yang kononnya bercakap mengenai 'ketuanan Iban'. "Kalau orang Dayak khususnya masyarakat Iban cukup bijak mereka tidak akan membenarkan PKR, sebuah parti dari Semenanjung yang bukan berlandaskan kaum Dayak untuk memperalat dan memecahbelahkan mereka," katanya.

Justeru kata beliau, pilihan raya kecil ini adalah medan terbaik untuk kaum Iban membuktikan mereka sentiasa bersatu dan tidak rela dibuli oleh parti berpangkalan di Semenanjung, yang bukan berlandaskan kaum Dayak. Masing turut mengumumkan bahawa beliau sendiri akan menjadi Pengarah Operasi BN bagi pilihan raya kecil berkenaan kerana DUN Batang Air adalah kawasan PRS dan calon juga dari parti itu.

Katanya, pusat khidmat wakil rakyat penyandang kerusi berkenaan, mendiang Datuk Dublin Unting Ingkot akan dijadikan bilik gerakan BN dalam pilihan raya kecil itu. Mengenai kemungkinan satu nama calon yang dikemukakan beliau tidak akan diterima oleh pucuk kepemimpinan BN, beliau berkata PRS mempunyai masa yang cukup untuk mengemukakan nama calon lain jika perlu.

Diminta mengulas tanggapan BN bakal berhadapan tugas sukar jika bekas Ahli Parlimen Lubok Antu empat penggal berturut-turut, Jawah Gerang, menjadi pertaruhan PKR dalam pilihan raya kecil itu, Masing berkata Batang Air adalah kubu kuat Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) dan PRS, dengan mereka mempunyai kekuatan yang sukar digugat di kawasan itu. PRS adalah parti serpihan yang ditubuhkan selepas PBDS dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS). "PBDS pernah bertanding di situ ketika berada di luar BN dan kita menang, selepas itu PBDS diikuti PRS bertanding atas tiket BN pula, juga menang. Kita tidak pernah kalah dalam pilihan raya baik Parlimen mahupun negeri di kawasan itu sejak 1983," katanya. Namun biarpun menganggap Batang Air sebagai kubu kuat dan kawasan putih bagi BN, beliau berkata jentera BN akan tetap bekerja keras bagi memastikan bukan sahaja calonnya menang di situ, malah menang dengan majoriti yang besar.

BH12/03/09

1 comment:

Anonymous said...

Saya anak jati sarawak.kelahiran daerah bintanggor.pada pendapat saya tentang parti yg ada di swk sekarang tak lah menyerlah.lebih2 lagi BN yang sekian lama menduduki rangking 1.
Cuba bandingkan dgn semenanjung.bertapa majunya.kerana apa?apa yang ada di swk?parti yg maju tapi penyokong tak maju.sangat mementing diri sendiri.patut lan PKR nak ambil alih dari BN.cuba diri sendiri tanya...sendiri.
Ini kerana rakyat sudah bosan dengan janji2 kosong BN yang tak habis2 memakan makanan dari rakyat.lebih2lagi IBAN.dahlah kebanyakan iban yg buta huruf.kena tipu lagi.sedarlah sikit.merampas tanah pusaka dan kekerasanakan dikenakan jika tak turuti.ingatlah tragedi di bintulu 2007.rumah dirobohkan kerana tanah rizap kerajaan konon.kenapa bangsa pribumi dikerjakan begini.suatu hari nanti ada waktu iban akan memberontak dengan sokongan iban indon(mualang)yang sekarang ni dah banyak di sarawak kerana sakit hati dengan BN yang telah mengusir dan menipu iban sarawak.
Saya amat menyokong PKR mengambil alih.tak kira apa jadi.pengalaman memduduki lebih 15 tahun di semenanjung telah menyedarkan saya tentang sedikit sebankak tentang politik.
Oleh itu sokong lah PARTI KEADILAN RAKYAT.