'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, March 1, 2009

RM1.57 juta baiki SJKC usang di Sarawak

Kementerian Pelajaran hari ini mengumumkan geran sebanyak RM1.57 juta bagi membaikpulih sembilan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pertama yang memerlukan pembaikan segera di Sarawak.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata sekolah berkenaan diberikan keutamaan berikutan keadaan sekolah yang usang.

"Beberapa sekolah dibina pada tahun 1920, dan dalam keadaan terdesak untuk pembaikan dan pembinaan semula kerana dianggap tidak lagi selamat untuk proses pembelajaran dan pengajaran," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Terdahulu, beliau yang diiringi Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Umum Sarawak Datuk Seri Wong Soon Koh, mengadakan pertemuan dengan anggota Lembaga Pengarah sekolah-sekolah Sibu, Kuching, Sri Aman, Samarahan, Sarikei, Bintulu dan Miri.

"Pada mesyuarat hari ini, saya menerima permohonan bagi dana membaiki, mengubahsuai dan menyelenggara bangunan sekolah.

"Pada peringkat awal ini saya menyenarai pendek 40 sekolah tetapi masih banyak lagi permohonan diterima. Ini memerlukan dana yang besar mungkin melebihi RM1 juta," katanya.
Dr. Wee berkata terdapat 13 permohonan lain di samping desakan meminta kerajaan membantu dalam pembiayaan projek terbengkalai ekoran masalah kewangan.

Katanya dalam pakej rangsangan ekonomi dalam Bajet 2009, kerajaan meluluskan sejumlah RM3.82 juta untuk membantu sekolah-sekolah seumpamanya di seluruh negara.

"Keutamaan diberikan kepada sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak. Anggota politik Barisan Nasional Sarawak juga lantang menyuarakan permohonan bantuan daripada kerajaan," katanya.
Bagi sekolah-sekolah mubaligh di Sarawak, kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM14 juta bagi pembangunannya.

- Bernama

No comments: