'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, March 11, 2009

Nelayan sambut baik keputusan tak wajibkan kotak ikan berinsulasi

Persatuan Nelayan Negeri Sarawak (Penesa) semalam mengalu-alukan keputusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk tidak mewajibkan semua pemborong ikan menggunakan kotak ikan berinsulasi yang dicadangkan sebelum ini.

Pengerusinya Jamali Basri, berkata keputusan itu, membuktikan kementerian terbabit sentiasa mengambil kira pelbagai pendapat dari beberapa pihak termasuk bantahan daripada kalangan pemborong ikan, sebelum ini. Bagaimanapun katanya, orang ramai terutama masyarakat nelayan termasuk kalangan pemborong ikan tidak boleh mengambil kesempatan terhadap keterbukaan kementerian terbabit.

"Keputusan kementerian itu untuk tidak mewajibkan semua pemborong ikan menggunakan kotak ikan berinsulasi yang diumumkan kelmarin bukan membayangkan pihak terbabit tidak tegas dengan apa keputusan sebelum ini. "Keputusan itu dibuat, selepas kementerian berkenaan menerima beberapa maklum balas daripada banyak pihak berhubung dengan cadangan itu," katanya kepada Berita Harian, ketika diminta mengulas perkara itu semalam.

Kelmarin Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Menterinya Datuk Mustapa Mohamed, berkata kementeriannya memutuskan penggunaan kotak ikan berinsulasi tidak diwajibkan untuk digunakan oleh pemborong-pemborong ikan.

Beliau berkata perkara itu diputuskan kelmarin selepas langkah mewajibkan penggunaan kotak pintar itu mendapat bantahan ramai kalangan pemborong. Sehubungan itu, beliau berkata isu ini sudah dianggap selesai. Sebelum ini, penggunaan kotak itu mendapat bantahan keras oleh pemborong ikan di seluruh negara kerana kos penggunaannya dikatakan amat tinggi berbanding penggunaan kotak sedia ada. Mustapa juga berkata kementeriannya kini memutuskan untuk memberikan insentif kewangan kepada pemborong yang menggunakan kotak ikan berinsulasi itu.

Beliau berkata jumlah insentif kewangan itu akan diumumkan minggu depan, selepas beberapa perbincangan mengenainya selesai. Katanya adalah tidak benar semua pemborong ikan memboikot penggunaan kotak itu kerana berdasarkan pemantauan, pihaknya mendapati kira-kira 10 peratus pemborong ikan menggunakan kotak tersebut. Mustapa berkata dengan pengumuman itu beliau berharap semua peniaga ikan di negara tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ikan seperti yang berlaku sebelum ini.

No comments: