'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, June 24, 2009

Sarawak: Azam-Petronas 2009 sedia hadiah RM42,550

Hadiah wang tunai sebanyak RM42,550 menanti warga media, pelajar sekolah dan orang ramai dalam Anugerah Penulis, Angkatan Zaman Mansang (Azam)-Petronas 2009 yang sudah dibuka penyertaannya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Angkatan Zaman Mansang (Azam), Datuk Aloysius Dris, berkata pada tahun ini sebanyak tiga kategori utama dipertandingkan iaitu kategori warga media cetak dengan keseluruhan hadiah wang tunai sebanyak RM18,000, kategori orang awam (RM7,000) dan kategori pelajar sekolah (RM17,550).

Beliau berkata, bagi kategori media cetak, semua wartawan yang bertugas di negeri ini layak menyertainya dengan bahan penulisan Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau Bahasa Cina dan setiap artikel yang dihantar harus mempunyai lebih 1,000 perkataan serta disiarkan dalam akhbar atau majalah antara 22 Julai 2008 hingga 16 September 2009.

Katanya, kategori orang awam pula terbuka kepada semua warga Malaysia menetap di negeri ini berusia 18 tahun ke atas kecuali kakitangan Azam, Institut Pembangunan Sarawak dan Petronas serta karangan hendaklah dalam Bahasa Inggeris antara 1,000 dan 2,500 ayat.

"Dalam kategori pelajar pula, karangan bagi pelajar sekolah rendah (bandar/luar bandar) mestilah dalam Bahasa Inggeris sepanjang 400 hingga 600 ayat, 600 hingga 800 ayat (tingkatan satu hingga tiga), 800 hingga 1,000 ayat (tingkatan empat dan lima) dan 1,300 hingga 1,500 ayat (tingkatan enam/pra universiti).

"Tahun ini, kita akan melantik barisan hakim dari kalangan penulis berpengalaman dari pelbagai agensi dan mereka adalah golongan berkecuali, supaya pertandingan akan seadil yang mungkin dalam menentukan pemenangnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Azam, di Jalan Crookshank, di sini, semalam.

Beliau berkata borang penyertaannya boleh didapati di ibu pejabat Azam, di semua sekolah rendah dan menengah atau semua Pejabat Pelajaran Daerah dan Bahagian negeri ini atau boleh juga dimuat turun dari laman web www.azam.org.my.

Katanya, tahun ini juga diperkenalkan kategori komik dan kategori cerita gambar digital untuk orang awam dan pelajar sekolah dengan gambar diambil menggunakan kamera digital atau telefon bimbit serta keterangan gambar dan komik dalam Bahasa Inggeris.

Tajuk bahan penyertaan bagi semua kategori terbabit hendaklah berdasarkan tema pertandingan iaitu Ulang tahun Pembangunan Sarawak Dalam Malaysia Ke 45 dan Gelombang Kedua Pembangunan Sarawak dengan tarikh akhir penyertaan diterima pejabat Azam, di Jalan Crookshank, di sini, ialah 30 September 2009. Pemenang kategori media cetak bagi Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina akan masing-masing menerima RM2,500, manakala pemenang kategori orang awam dalam bentuk karangan menerima RM2,000, bentuk komik (RM700) dan bentuk cerita gambar digital (RM700).

Bagi pemenang kategori pelajar, di peringkat sekolah rendah akan menerima RM500, tingkatan satu hingga tiga (RM700), tingkatan empat dan lima ( RM900), tingkatan enam/pra universiti (RM1,200), kategori komik (RM500), serta sekolah bandar dan luar bandar yang menghantar penyertaan terbanyak (RM1,000).

No comments: