Seorang wanita warga Australia, berusia 26 tahun yang dipercayai sedang bercuti di negeri ini disahkan sebagai pesakit kedua positif selesema babi atau influenza A (H1N1) di Sarawak.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam berkata, wanita dari Darwin itu tiba di Kuching dari Singapura pada Isnin lalu dengan menggunakan penerbangan Jetstar 3K 529.
Menurutnya, wanita tersebut mengadu mengalami simptom dijangkiti H1N1 semalam dan mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS).
''Keputusan sampel darah suspek hari ini mengesahkan dia positif H1N1, bagaimanapun keadaannya kini stabil," katanya di sini hari ini.
Isnin lalu, Sarawak mencatatkan kes H1N1 pertama selepas ujian klinikal terhadap seorang penuntut dari Universiti Swinburne, Melbourne disahkan positif penyakit berjangkit itu selepas pulang ke negara ini.
Pelajar berusia 23 tahun itu kemudiannya dimasukkan ke HUS untuk pemeriksaan lanjut.
Hong Nam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bantuan Bencana Sarawak memberitahu, Jabatan Kesihatan negeri berjaya menghubungi 18 daripada 26 penumpang yang yang duduk di tiga barisan kerusi depan dan belakang dengan wanita Australia itu.
Jelas beliau, 18 penumpang itu telah pun diminta menjalani kuarantin di rumah.
''Sementara itu, baki lapan daripada penumpang yang berada di barisan dengan suspek diminta untuk menghubungi Jabatan Kesihatan negeri dengan segera,'' katanya.
Thursday, June 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment