'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, August 6, 2009

Sarawak wujudkan kereta api

Sarawak akan mewujudkan rangkaian sistem pengangkutan kereta api bagi memantapkan lagi aktiviti ekonomi di kawasan Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE).

Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu Numpang bagaimanapun berkata, sistem rangkaian kereta api itu masih di peringkat cadangan dan mungkin akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK 11).

Menurutnya, pengangkutan kereta api itu akan memudahkan lagi urusan penghantaran bahan-bahan mentah dan logistik di dalam kawasan SCORE dengan melibatkan kos yang rendah.
''Kita melihat kemungkinan ini selaras dengan hasrat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang mahu Sarawak mempunyai kereta api bagi tujuan pengangkutan yang lebih ekonomi," katanya.

Jabu berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jabu yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan berkata, Sarawak akan memberi penumpuan pada usaha menaik taraf sistem perhubungan di kawasan SCORE dalam RMK 10.

Katanya, usaha menaik taraf itu amat penting berikutan masih banyak kawasan dalam SCORE yang sukar untuk dihubungi.

''Penyediaan kemudahan yang baik seperti jeti yang sempurna dan terminal bas akan dapat membantu usaha menjadikan SCORE sebagai sebuah kawasan yang mempunyai pembangunan yang sempurna," katanya.

Sementara itu, Abdul Rahim berkata, pelaksanaan sistem pengangkutan kereta api di Sarawak akan membawa banyak pembangunan di negeri ini.

Tambahnya, sistem pengangkutan yang baik merupakan tulang belakang kepada kemajuan industri sesebuah negara maju di dunia.

No comments: