'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, May 25, 2010

45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit

Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam mendedahkan kira-kira 45,000 atau tiga peratus daripada 1.5 juta kakitangan awam menggunakan sijil cuti sakit palsu untuk ponteng kerja.

Presidennya, Omar Osman, berkata ada juga segelintir kakitangan awam mengambil cuti sakit kerana melakukan kerja sampingan.

"Kita tidak menghalang mencari pendapatan tambahan, tetapi biarlah kerja sampingan itu tidak mengganggu tugas hingga menjejaskan produktiviti," katanya ketika ditemui selepas kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau mahu perbuatan itu dipantau bagi mengelak ia bertambah kronik.

Omar berkata, berdasarkan Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kakitangan yang didapati menggunakan sijil cuti sakit palsu, boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti turun pangkat atau dibuang kerja.

"Kita menyarankan Panel dan Pegawai Perubatan supaya memberi sijil cuti sakit kepada mereka yang betul-betul memerlukannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan daripada mana-mana jabatan mengenai peratus kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu.
“Kita ada menghantar surat kepada jabatan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangan yang menggunakan sijil cuti sakit palsu," katanya kepada Berita Harian.

No comments: