'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, April 15, 2010

Sekolah: Waspada ancaman penularan semula H1N1

Pihak pengurusan sekolah di negeri ini diminta berwaspada terhadap ancaman penularan semula selesema babi atau Influenza A (H1N1) di kalangan pelajar.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Julaihi Bujang berkata, ini kerana, terdapat kes di mana pelajar yang mempunyai simptom H1N1 namun Jabatan Kesihatan tidak dapat mengesahkannya sebagai selesema babi.

Beliau berkata, pihak sekolah juga perlu mengamalkan semula langkah-langkah pencegahan yang dipraktikkan tahun lalu seperti pemeriksaan suhu badan dan amalan pemakaian topeng mulut dan hidung di sekolah.

"Selain itu, ibu bapa juga diminta bekerjasama dengan pihak sekolah supaya dapat terus membawa anak mereka ke hospital sekiranya mempunyai simptom jangkitan selesema babi seperti demam panas," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Ke-38 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak 2010 di Stadium Negeri di sini semalam.

Seramai 1,111 atlet dari 11 bahagian di Sarawak terlibat dalam Kejohanan Balapan dan Padang ke-38 Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Sarawak 2010 yang berlangsung dari 13 hingga 16 April ini di Stadium Negeri tersebut.

Dalam perkembangan lain, Julaihi memberi amaran kepada setiap guru di negeri ini supaya tidak leka dalam menyediakan buku rancangan mengajar mereka.

Katanya, sebagai guru yang profesional, mereka seharusnya menjadikan penyediaan laporan mengajar itu sebagai pegangan harian dan ikutan mereka.

"Memang terdapat kes di mana guru gagal menyediakan buku rancangan mengajar mereka dan kita telah mengenakan surat tunjuk sebab kerana dengan jelas mereka telah melanggar akta (perguruan)," katanya.

No comments: