'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, March 7, 2008

Barisan Nasional Sarawak yakin menang besar

Barisan Nasional (BN) Sarawak diyakini mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum esok, berikutan sokongan padu seluruh rakyat negeri ini sepanjang kempen yang berakhir tengah malam ini.

Keyakinan itu diluahkan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II, Dato Sri Awang Tengah Ali Hasan yang membayangkan BN Sarawak mampu memenangi kesemua 27 kerusi parlimen yang ditandingi.

Awang Tengah berkata, sejak berkempen di seluruh negeri sebaik hari penamaan calon pada 24 Februari lalu, sam-butan seluruh rakyat terhadap kempen BN amatlah luar biasa.

“Saya amat yakin BN Sarawak mampu mengulangi pencapaian terbaik seperti musim 2004 dengan memenangi semua kerusi parlimen pada pilihan raya umum Sabtu ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bercakap pada sidang media selepas merasmikan perletakan batu asas kampus induk Kolej Komuniti Mas Gading di sini semalam, Awang Tengah menjelaskan berdasarkan maklum balas diperolehi daripada penyokong sepanjang berkempen beliau optimis BN mampu mencatat kemenangan cemerlang.

Awang Tengah menarik perhatian, isu-isu yang digembar-gemburkan oleh pembangkang seperti isu nasional, kenaikan harga barang, peribadi, fitnah dan sebagainya ter-nyata tidak berupaya menggugat hati rakyat.

Malah, kata Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu semua isu yang dimainkan pihak pembangkang dapat ditangkis oleh jentera penggempur BN dan rakyat sudah pastinya memberi sokongan padu kepada BN.

“Rakyat Sarawak sedar dan mereka memahami segala perancangan kerajaan untuk membangunkan negeri ini, malah rakyat sentiasa memberi sokongan padu demi memartabatkan maruah bangsa, agama dan negara,” tegasnya.

Menteri Kemudahan Awam itu mendedahkan, pembangkang menggunakan taktik kotor semasa berkempen dengan menyebarkan pelbagai risalah memburuk-burukkan pemimpin BN selain memfitnahkan rakyat agar membenci kerajaan.

No comments: