'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, March 3, 2008

Sarawak: Tanah rakyat tak dirampas

Pembangunan sesuatu kawasan dibuat berdasarkan peruntukan yang diguna pakai sejak sebelum merdeka: Jabu

Kerajaan Sarawak tidak pernah merampas tanah milik rakyat negeri ini sewenang-wenangnya dengan menggunakan alasan mahu melaksanakan pembangunan di kawasan terbabit, kata Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Beliau berkata, setiap keputusan kerajaan untuk memajukan sesuatu kawasan adalah berdasarkan peruntukan Kanun Tanah Sarawak yang sudah digunakan sejak sebelum merdeka lagi.

Sehubungan itu, katanya kerajaan mempunyai garis panduan yang jelas ketika melaksanakan pembangunan di negeri ini termasuk dari segi prosedur, pewartaan dan pampasan yang diberi kepada pemilik tanah. Katanya, kerajaan melalui Jabatan Tanah dan Ukur mempunyai rekod yang jelas mengenai status tanah di Sarawak sama ada ia milik kerajaan, individu atau Hak Adat Bumiputera (NCR).

"Jika masih ada rakyat yang percaya tuduhan pembangkang bahawa kerajaan merampas hak mereka, saya berasa amat sedih kerana mereka masih tidak memahami niat suci kerajaan yang ingin meningkatkan taraf hidup mereka.

"Kerajaan tidak pernah bertindak sesuka hati dan saya berharap rakyat memahami aspek undang-undang ketika pembangunan dilaksanakan ," katanya kepada Berita Harian di sini, semalam. Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Babu Delit di Debak yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sini.

Hadir sama, calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Betong, Datuk Douglas Ugah Embas; Senator Dewan Negara, Datuk Seri Empiang Jabu serta 11 ketua rumah panjang di kawasan itu. Jabu yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri berkata, Sarawak mempunyai undang-undang yang unik untuk membangunkan tanahnya.

Beliau berkata, Kanun Tanah Sarawak diiktiraf di peringkat antarabangsa dan tidak dapat dipertikaikan oleh mana-mana pihak. Sementara itu, beliau meminta semua pemilik NCR supaya membangunkan tanah mereka sebagai estet kelapa sawit selain boleh menanam dengan pokok acasia mangium atau getah.

"Bagi saya, membangunkan tanah NCR dengan mengusahakan tanaman yang boleh menjana pendapatan adalah lebih baik daripada membiarkan tanah itu ditumbuhi lalang.

"Lagipun sekarang penoreh getah mampu memperoleh pendapatan sekitar RM3,000 sebulan hanya dengan bekerja separuh hari saja," katanya.

No comments: