'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, March 17, 2008

Selesema burung, penyeludupan jejas bekalan ayam

Bekalan ayam di Sarawak terjejas disebabkan berita mengenai selesema burung dan penyeludupan ayam ke dalam negeri ini, kata Pengerusi Persatuan Penternak Bahagian Kuching Samarahan, Lee Jin Chiaw.

Beliau berkata ayam yang diseludup dari negara-negara membangun adalah 25 hingga 40 peratus daripada bekalan keseluruhan dalam pasaran semasa kemuncak penyeludupan tetapi selepas kerajaan mempertingkatkan penguatkuasaan, ia telah diku-rangkan kepada kira-kira 10 peratus sahaja.

“Disebabkan penyeludupan, bekalan pasaran sebanyak 250,000 ekor ayam hidup telah turun kepada 180,000 ekor. Saya harap pihak berkuasa yang bertanggungjawab akan terus memantau aktiviti penyeludupan di pintu-pintu masuk sempadan ke negeri ini untuk melindungi kepentingan para penternak,” kata Lee selepas beliau mempengerusikan mesyuarat agung tahunan persatuan itu semalam.

Beliau menasihatkan pengguna supaya tidak membeli ayam seludup kerana ia ber-kualiti rendah dan boleh menjejaskan kesihatan.

Lee mendakwa, beberapa negara maju menggunakan ayam berkualiti rendah sebagai makanan anjing dan ayam-ayam ini telah diseludup masuk ke Malaysia lalu dijual kepada pengguna yang tidak mengesyaki apa-apa.

Beliau juga memberitahu bahawa negeri Sarawak turut mengimport daging ayam dari Australia dan New Zealand.

“Ayam hidup kini dijual pada harga RM5.70 sekilogram manakala ayam standard dijual pada harga RM7 satu sekilogram.

“Kami akan cuba mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna untuk menaikkan harga ayam hidup dan ayam standard masing-masing kepada RM5.90 dan RM7.20,” kata Lee.

Lee berkata pembekalan ayam bukan satu masalah yang serius sekarang kerana langkah-langkah sudah diambil untuk meningkatkan pengeluaran ayam.

Beliau gembira kerana setakat ini belum ada wabak penyakit ternakan berlaku di Sarawak.
Sementara itu, Lee turut memaklumkan bahawa para penternak di Bahagian Kuching dan Samarahan meng- hadapi kesukaran terutama-nya pada tahun lepas apabila harga makanan ternakan me-ningkat beberapa kali ganda kepada harga sekarang iaitu RM290 bagi setiap 50 sekilogram.

“Disebabkan kenaikan harga makanan ternakan, kos pengeluaran dan operasi kami juga sudah naik dan kami juga terpaksa menaikkan harga telur, ayam dan babi,” katanya.

Untuk mengurangkan impak kenaikan harga makanan ternakan, Lee berkata ahli-ahli persatuan telah diarah untuk mengurangkan pengeluaran dan menggunakan bahan-bahan alternatif seperti sisa-sisa ubi kayu dan kepala sawit.

“Harga kacang soya dan jagung, yang merupakan dua bahan utama dalam makanan ternakan, turut naik kerana ia kini sedang digunakan untuk menyelidiki dan menghasilkan biofuel di seberang laut.

“Kenaikan harga minyak mentah telah menghasilkan bahan bakar yang lebih mahal, dan ini bermakna kami terpaksa menanggung kos pengangkutan yang lebih tinggi,” katanya lagi.
Lee berharap kerajaan akan menimbang untuk memberi subsidi kepada para penternak bagi mengurangkan kos operasi.

“Kami juga sedang merancang untuk mengkaji semula harga babi hidup pada April atau Mei tahun ini,” kata Lee sambil memberitahu kali terakhir harga dikaji semula ialah pada 1 Januari tahun ini, dengan peningkatan sebanyak RM80 bagi setiap 100 kilogram.

Beliau berkata, harga babi hidup sekarang adalah RM6.60/kg di Kuching, RM6.80/kg di Sibu dan RM7/kg di Miri.

No comments: