'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, May 29, 2008

IPT dipelawa buka kampus di Sarawak

Sarawak akan mempelawa institusi pengajian tinggi (IPT) asing untuk menubuhkan kampus di negeri ini dalam usaha memastikan tenaga buruhnya mempunyai kemahiran yang sesuai dengan keperluan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) menjelang tahun 2030.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan), Datin Fatimah Abdullah, berkata kerjasama dengan pusat pengajian asing adalah satu daripada strategi kerajaan dalam memastikan Sarawak mempunyai tenaga kerja yang sesuai untuk Score nanti.

Katanya, kerajaan memerlukan IPT yang mampu menawarkan kepakaran berkaitan bidang industri pemprosesan aluminium, sawit, petroleum, pelancongan, ternakan, marin dan sebagainya.

“Kerajaan negeri amat komited dalam memastikan kejayaan Score kerana ia kunci pembangunan negeri ini pada masa depan. “Usaha mewujudkan lebih banyak kampus asing juga dilihat mampu meletakkan Sarawak sebagai pusat pendidikan terulung di rantau ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di taklimat mengenai perancangan dan sumber manusia dan tenaga kerja bertempat di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak di sini, semalam.

Fatimah berkata, kerajaan Sarawak juga akan melabur dalam pembinaan lebih banyak sekolah, kolej, universiti teknologi dan institusi vokasional.

Katanya, pada masa sama, kerajaan memastikan pusat berkenaan mempunyai tenaga pengajar yang layak dan berpengalaman. Beliau berkata, kerjasama antara industri dan pusat pengajian tinggi juga digalakkan bagi memastikan kedua-dua pihak mampu memenuhi keperluan satu sama lain.

“Mereka boleh bekerjasama dalam bidang penyelidikan selain berkongsi maklumat mengenai arah aliran semasa berkaitan bidang masing-masing,” katanya.

Mengenai Score, beliau berkata, koridor pembangunan itu dijangka mampu mewujudkan 2.5 kali ganda peluang pekerjaan daripada 0.9 juta pada 2006 kepada 2.5 juta tahun 2030.

Dalam tempoh sama, Score dijangka mampu menjana Keluaran Dalam Negeri Kasar sebanyak RM131 bilion pada 2030 nanti.

No comments: