'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, May 12, 2008

Politik : Komponen BN Sarawak tetap bersepakat

Pemimpin politik Bumi Kenyalang yakin 30 Ahli Parlimen tak mudah terpengaruh, mampu hadapi acaman Pakatan Rakyat

Parti Komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak tidak gentar untuk berdepan dengan ancaman Pakatan Rakyat, yang dikata mampu membentuk kerajaan tidak lama lagi selepas berjaya memujuk lebih 30 anggota Parlimen kerajaan menyertai mereka.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti tulang belakang BN Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Abang Openg, berkata ini kerana semua 30 Ahli Parlimen BN dari Sarawak yang ada, bukan golongan yang mudah terpengaruh dengan janji manis Pakatan Rakyat.

Beliau yang juga Menteri Perumahan Sarawak, berkata hanya pemimpin politik dan rakyat negeri ini yang tahu mengenai hala tuju serta masa depan Sarawak berbanding pemimpin politik Semenanjung Oleh itu, katanya, usaha Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memancing mana-mana Ahli Parlimen dari Sarawak, menyertai Pakatan Rakyat tidak akan berhasil.

"Saya yakin tidak akan ada ahli parti komponen BN Sarawak terdiri daripada PBB, Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) serta Parti Progresif Demokratik Sarawak (SPDP) yang akan meninggalkan parti itu dan menyertai Pakatan Rakyat.

"Walaupun banyak pihak khuatir kerana usaha untuk mempengaruhi ahli politik terutama muka baru dikatakan sedang berlaku, saya percaya, kejadian melompat parti tidak akan berlaku di Sarawak kerana ramai penduduk negeri tahu siapa Anwar," katanya kepada pemberita di Lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini, semalam.

Johari berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang meminta BN memandang serius ancaman Anwar yang mendakwa pakatan itu mampu membentuk kerajaan tidak lama lagi selepas berjaya memujuk lebih 30 anggota Parlimen kerajaan menyertai mereka.

Dr Mahathir berkata, godaan untuk Ahli Parlimen melompat parti bagi menyertai pembangkang adalah tinggi dan kemungkinan ia berlaku terhadap wakil rakyat BN tidak boleh ditolak.

BN kini mempunyai 140 Ahli Parlimen di Dewan Rakyat dan Pakatan Rakyat pula 82 daripada 222 kerusi. Ini bermakna pakatan pembangkang perlu menarik 30 Ahli Parlimen BN melompat parti untuk membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Sementara itu, Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, berkata SUPP kenal siapa Anwar seperti mana orang lain, tetapi pemimpin tertinggi negara yang lebih mengenali Anwar ialah Tun Mahathir kerana Anwar pernah berkerja di bawah beliau. Dr Chan berkata, SUPP faham dengan amaran berkas Perdana

Menteri itu, bagaimana pun SUPP percaya rakyat di Sarawak tidak akan mudah terpengaruh dengan kumpulan itu.

"Sarawak sudah buktikan sokongan kepada BN pada pilihan raya umum 8 Mac lalu di mana Sarawak berjaya memenangi 30 daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan dan lima menang tanpa bertanding.

"Saya akan pastikan tidak ada ahli Parlimen SUPP akan melompat parti dan menyertai kumpulan Anwar," katanya.

Presiden SPDP, Datuk Seri William Mawan Ikom, berkata partinya tidak akan terpengaruh dengan apa yang dijanjikan oleh Pakatan Rakyat. Katanya, pengalaman yang beliau dan rakan-rakannya lalui ketika berlaku pergolakan dalam Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sehingga terbentuknya SPDP menjadikan parti itu lebih berhati-hati dalam membuat keputusan.
Cetak artikel Hantar pada k

No comments: