'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Sunday, June 29, 2008

94,100 liter diesel subsidi dirampas

Polis Marin Sarawak merampas 94,100 liter diesel subsidi yang diseludup dan diseleweng penggunaannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Polis Marin Sarawak, Supt. Mohamad Norshah Mohd. Idris berkata, antara lokasi tumpuan operasi ialah di pelabuhan dan jeti.

"Empat kes berkaitan penyeludupan dan penyelewengan diesel dicatat dalam tempoh yang sama, majoriti berlaku di Kuching dan kesemua kes ini diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna untuk diambil tindakan undang-undang," katanya di sini hari ini.

Terbaru membabitkan rampasan 82,600 liter diesel subsidi bernilai RM293,108 dalam serbuan di sebuah kilang di estet perindustrian Bintawa di sini pukul 3 petang semalam, kata Mohamad Norshah dan menurutnya seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun turut ditahan.

"Hasil soal siasat mendapati kilang tersebut dijadikan tempat penyimpanan minyak diesel subsidi dan dipercayai membekalkan diesel itu bagi kegunaan pengilang-pengilang berhampiran," katanya.

Beliau juga memberi jaminan arahan kerajaan untuk perbelanjaan berhemah berikutan kenaikan harga minyak tidak akan menjejaskan operasi penguatkuasaan polis marin di perairan Sarawak.

- Bernama

No comments: