'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, June 26, 2008

Kastam kutip RM2b daripada levi sawit

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDM) dijangka mengutip RM2 bilion setiap tahun mulai tahun depan, ekoran keputusan kerajaan mem-perkenalkan semula levi keuntungan luar biasa bagi minyak kelapa sawit mentah (CPO) dan minyak isirong sawit mentah (CPKO) mulai 1 Julai ini.

Pengarah Kastam, Bahagian Cukai Dalaman, Datin Azizah Idris, berkata anggaran itu berikutan harga CPO kini boleh mencecah lebih RM3,000 setan, berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, dengan pasaran dan harga yang amat positif sekarang, kerajaan bersetuju untuk mengenakan semula levi keuntungan luar biasa bagi CPO dan CPKO kepada 407 pengilang di negara ini berkuat kuasa 1 Julai ini.

Katanya, berikutan penguatkuasaan itu KDM dijangka akan memperolehi RM1 bilion levi berkenaan pada hujung tahun ini.

"Langkah itu akan menambah hasil negara yang kini berdepan kenaikkan kos sara hidup ekoran perkembangan semasa ekonomi dunia," katanya pada sidang media selepas mengadakan taklimat pengenalan levi itu kepada 45 pengilang CPO dan CPKO di Jabatan KDM di sini, semalam.

Levi luar biasa bagi sektor kelapa sawit pernah dilaksanakan pada 1999, bagaimanapun dibatalkan pada 17 Disember 2003, ekoran harga CPO dan CPKO menurun dibawah aras RM2,000 satu tan yang ditetapkan pada masa itu. Pengenalan semula levi itu, ekoran kini harga CPO boleh mencecah lebih RM3,000 satu tan.

Azizah berkata, levi dikenakan kepada pengilang apabila aras harga CPO mencecah RM2,000 setan dan kadar 15 peratus setiap tan untuk Semenanjung dan 7.5 peratus di Sarawak dan Sabah.

"Perbezaan kadar itu berikutan kerajaan Sarawak dan Sabah juga mengenakan cukai kepada pengilang terbabit. Penetapan harga setan metrik CPO dan CPKO berdasarkan kepada harga bulanan nasional yang dihebahkan Lembaga Kelapa Sawit Malaysia (MPOB)," katanya.

Beliau berkata, perintah menguatkuasakan levi keuntungan luar biasa bagi CPO dan CPKO mulai 1 Julai ini ditandatangani Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada 5 Jun lalu dan diwartakan pada 23 Jun lalu. Katanya, dengan penguatkuasaan semula levi itu, pengilang tidak lagi perlu membayar ses CPO dan CKPO kepada MPOB seperti sebelum ini.

Azizah berkata, mulai sekarang setiap pengeluar CPO dan CPKO hendaklah didaftarkan dengan KDM dan permohonan bagi sijil pendaftaran hendaklah dibuat di pejabat kastam terdekat di setiap negeri.

"Apapun levi cuma akan dikutip mulai 14 Ogos depan dan mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan penalti.

"Apa-apa levi yang masih belum dibayar selepas hari terakhir levi kena dibayar penalti 10 peratus daripada amaun yang belum dibayar," katanya sambil menambah kadar penalti sebanyak 10 peratus akan dikenakan bagi tempoh 30 hari kedua dan tiap-tiap 30 hari berikutnya.

No comments: