'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, June 17, 2008

Bajet 2009 tidak membebankan

Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop semalam membayangkan bahawa Belanjawan 2009 yang akan dibentangkan Ogos depan tidak akan membebankan rakyat.

“Tentang Bajet 2009, saya tak nak beritahu (secara terperinci), kalau saya beritahu sekarang, (nanti) tak ada suspens.

“(Bagaimanapun) Ada berita baik. Memang bajet kali ini tidak akan membebankan rakyat, sebab kita nak cari kaedah untuk membawa kemakmuran kepada rak-yat,” katanya kepada pem-berita selepas mengadakan perjumpaan dengan agensi-agensi Kementerian Kewangan Persekutuan di sini semalam.

Menurut Nor Mohamed kerajaan akan terus berusaha untuk memberi fokus kepada isu-isu besar dalam negara termasuk menjadikan sistem pengangkutan awam lebih cekap dan melakukan transfomasi kepasa ekonomi ber-asaskan pengetahuan untuk kebaikan rakyat.

Ditanya sama ada kerajaan menetapkan jangka masa tertentu untuk keluar dari krisis kenaikan harga minyak sekarang, Nor Mohamed berkata perkara itu sukar ditentukan kerana situasi yang dihadapi berkait rapat dengan situasi global.

Bagaimanapun, Nor Mohamed berkata Malaysia bukan kali pertama menghadapi situasi sukar yang datang datang dalam pelbagai bentuk dan pola seperti ini dan Malaysia telah membuktikan mereka keluar daripada masalah tersebut.

Sebagai contoh katanya Malaysia berjaya keluar daripada krisis ketidak seimbangan ekonomi antara kaum pada tahun 1969, kemelesetan ekonomi 1986 dan 1987 dan krisis mata wang pada tahun 1997 dan 1998.

Katanya selepas keluar dari krisis berkenaan, Malaysia mendapat pujian daripada banyak negara termasuk Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) kerana pendekatan konvensional yang digunakan Malaysia ketika itu berjaya tanpa perlu meminjam daripada IMF.

“Malaysia merupakan negara unggul yang dapat me-mulihkan ekonominya tanpa mendapat satu sen pun daripada IMF. Sebab kita yakin dengan kaedah kita. Selepas itu banyak negara puji Malaysia.

Pada masa itu mereka kata kita lakukan sesuatu yang tidak masuk akal,” katanya.
Nor Mohamed juga berkata setiap kali Malaysia menghadapi cabaran, Malaysia bukan sahaja berjaya bertahan malah negara bertambah maju dan makmur sebaik sahaja keluar dari krisis berkenaan.

Katanya satu daripada faktor kejayaan Malaysia ialah kerana Malaysia mengamalkan pendekatan “fleksibiliti” dalam menguruskan ekonomi dan kewangannya terma-suk dalam sistem perbankan di negara.

— Bernama

No comments: