'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, July 31, 2008

Harga rumah baru naik

Pemaju tidak mempunyai pilihan berikutan kenaikan harga bahan binaan

KUCHING: Pemaju perumahan di negeri ini tidak mempunyai pilihan, selain turut menaikkan harga rumah berikutan kenaikan harga bahan binaan.

Penolong Setiauasaha Agung Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sara-wak (SHEDA) Iskandar Shar-kawi berkata, pemaju-pemaju perumahan ketika ini juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang.

Katanya, kenaikan harga bahan api secara mendadak buat masa ini dan kenaikan harga barang keperluan lain sememangnya turut memberi impak kepada pemaju perumahan.

“Justeru, kita tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa juga menaikkan harga rumah dengan harga berpatutan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar pinjaman perumahan persekutuan anjuran SHEDA di sini, semalam.

Menurut Iskandar, kita semua sedia maklum bahawa kenaikan harga barang keperluan sekarang melibatkan pelbagai industry, justeru sektor pembuatan dan pemaju perumahan turut menghadapi masalah sama.

Bagaimanapun, katanya, harga rumah yang dinaikkan oleh para pemaju adalah membabitkan pembinaan skim-skim perumahan baru.

“Kita akui masyarakat tentu dibebani pelbagai masalah berikutan kenaikan harga barang.
“Namun, kami (SHEDA) mengambil pendekatan untuk menaikkan harga rumah baru sahaja.
“Sementara rumah ‘stok lama’ kita kekalkan dengan harga lama,” katanya sambil berharap tindakan pemaju perumahan itu tidak membebankan orang ramai memiliki rumah.

Iskandar menarik perhatian, kenaikan harga rumah mungkin sekadar sekitar 20 hingga 30 peratus sahaja dan pemaju perumahan opitimis kenaikan itu amat berpatutan dengan kos pembinaan.

Sehubungan itu, katanya, pihak SHEDA merakamkan penghargaan kepada pihak institusi kewangan kerana telah meluluskan dengan seberapa segera pinjaman perumahan.

“Langkah pihak bank mempercepat kelulusan pinjaman perumahan adalah bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki rumah sendiri, ” katanya.

Mengenai seminar pinjaman perumahan itu, beliau berharap orang ramai akan memahami segala prosedur dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan pemaju perumahan dalam merealisasikan impian rakyat.

Justeru, katanya, seminar itu bertujuan memberi maklumat dan dasar-dasar mengenai skim pinjaman perumahan kepada orang ramai.

No comments: