'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Saturday, July 26, 2008

RM1.3b biaya biasiswa 2008

Sebanyak RM1.3 bilion akan dibelanjakan sepanjang tahun ini untuk pemberian biasiswa kepada 43,229 pelajar di seluruh negara, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM916.5 juta diberikan menerusi biasiswa Persekutuan dan negeri.

"Syarikat milik kerajaan (GLC) pula memperuntukkan sebanyak RM366.5 juta manakala syarikat swasta menyumbang RM15.68 juta. Ia tidak termasuk peruntukan bagi pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN),'' katanya.

Beliau berucap pada Majlis Penganugerahan NST Learning Curve Scholarship Fund 2008 di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Persatuan Kolej Swasta dan Universiti Malaysia (MAPCU), Dr. Parmjit Singh dan Ketua Pegawai Eksekutif The New Straits Times Press (M) Berhad, Datuk Syed Faisal Albar.

TajaanJelasnya, jumlah pembiayaan tersebut merangkumi 2,000 tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi program luar negara dan 9,888 untuk pengajian dalam negara untuk pelajar-pelajar cemerlang.

Beliau berkata, baki 31,343 biasiswa merupakan penajaan yang disediakan oleh pelbagai agensi penaja di semua peringkat.

Katanya, bagi pinjaman PTPTN pula, pada tahun ini, kerajaan memperuntukkan RM3 bilion untuk kemudahan 180,000 pelajar pada semua peringkat pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

Menurut beliau, kerajaan sebenarnya menanggung kira-kira RM2.871 bilion setahun atau lima peratus kos pengajian pendidikan pelajar di IPTA dan IPTS daripada jumlah lapan peratus.
"Pelajar cuma menanggung tiga peratus yang dikenakan sebagai caj perkhidmatan, itu pun pelajar masih tidak puas hati dengan caj yang dikenakan,'' katanya.

No comments: