'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, July 9, 2008

Kasi boleh halang rogol

Pengasian boleh dipertimbangkan untuk menghalang perbuatan rogol di negara ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen, bagaimanapun berkata pengasian harus dijadikan langkah terakhir dalam menghadapi perbuatan rogol berulang, dan implikasinya perlu dikaji mendalam.

“Ia harus menjadi isu yang dibincangkan. Kita perlu memikirkan peranan pengasian dalam menghalang rogol.

“Walaupun ia bukan satu bentuk hukuman di Malaysia, saya fikir orang ramai sudah matang untuk mendebat dan membincangkan ini (kaedah berkenaan) secara terbuka,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan buku mengenai

“Perogol dan Rogol: Siapa & Mengapa” di sini hari ini.

Beliau berkata, pengasian yang diamalkan di Amerika Syarikat dan sesetengah negara Eropah, boleh dilakukan dalam banyak cara, termasuk mengambil ubat bagi mengurangkan hormon.

- Bernama

No comments: