'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Thursday, July 17, 2008

Jenayah di Kuching meningkat

Ketua Polis Sarawak tidak puas hati prestasi anggota, pegawai

Kadar kes jenayah di bandar-bandar utama di Sarawak terutama di Kuching, Sibu dan Miri, dilaporkan semakin meningkat sejak kebelakangan ini dan Ketua Polis Sarawak, Deputi Komisioner Mohmad Salleh, menyalahkan prestasi pegawai serta anggotanya sebagai antara punca perkara itu berlaku.

Semalam, Mohmad secara terbuka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sumbangan pegawai dan anggota polis yang berkhidmat di negeri ini. "Kadar jenayah di beberapa bandar utama seperti Kuching, Sibu dan Miri semakin meningkat dan saya percaya prestasi lemah pegawai dan anggota polis antara puncanya.

"Kalau mereka lebih bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas, saya percaya banyak kes jenayah dapat dibendung," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 200 kereta Proton Waja untuk empat jabatan Polis di negeri ini, di Ibu Pejabat Polis Kontijen Sarawak, semalam.

Kenderaan itu akan digunakan oleh pegawai penyiasat (IO) dan penolong pegawai penyiasat (AIO) dari Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Narkotik, Trafik dan Jenayah Perdagangan. Polis Sarawak mempunyai 7,600 pegawai dan anggota yang berkhidmat di seluruh negeri ketika ini.

Mohmad berkata, dengan adanya kenderaan baru itu, tidak ada sebab untuk pegawai terbabit lambat sampai ke lokasi jenayah selepas ini. Difahamkan purata lapan kes pecah dilaporkan berlaku setiap minggu di negeri ini dan kedudukan negeri ini yang berhampiran sempadan antara punca peningkatan kes, dengan kebanyakan kes dipercayai dilakukan penjenayah dari negara jiran.

Rabu lalu misalnya, polis Sibu menembak mati tiga perompak bersenjata warga Indonesia dalam serbuan di ladang getah di Sungai Bidut.

No comments: