'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, December 16, 2008

Dividen, bonus ASB 8.75 sen

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) semalam mengumumkan agihan pendapatan tujuh sen seunit dan bonus 1.75 sen seunit untuk Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember ini.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata 6.56 juta pemegang saham yang melanggan 62 bilion unit ASB akan menerima agihan pendapatan dan bonus itu yang dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan masing-masing.

“Pengagihan pendapatan ASB membabitkan pembayaran RM4.22 bilion, manakala bonus RM678.03 juta," katanya pada sidang media di sini, yang turut dihadiri Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Tahun lalu, anak syarikat milik penuh PNB itu memberi agihan pendapatan sebanyak lapan sen dan bonus satu sen.

Ahmad Sarji berkata, pengiraan agihan pendapatan dibuat berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008, manakala pengiraan bonus berdasarkan baki minimum bulanan purata yang dipegang sejak 10 tahun lalu bermula 1999.

Pemegang ASB boleh mengemas kini buku pelaburan masing-masing di ibu pejabat ASNB, pejabat ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari depan. Mengulas prestasi pelaburan ASB, Ahmad Sarji berkata sehingga 10 Disember lalu, dana ekuiti pendapatan itu memperoleh pendapatan kasar RM5.13 bilion.

Pendapatan dividen daripada syarikat pelaburan menyumbang RM3.12 bilion atau 60.71 peratus kepada jumlah pendapatan kasar itu, manakala keuntungan daripada penjualan saham menyumbang RM1.58 bilion atau 30.75 peratus.

“Pendapatan selebihnya berjumlah RM439 juta atau 8.54 peratus diperoleh daripada pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pelaburan lain,” katanya.

Sehubungan itu, semua urus niaga unit ASB ditangguhkan mulai 19 Disember ini sehingga 1 Januari 2009 bagi memudahkan pengiraan pengagihan pendapatan dan bonus.

No comments: