'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, December 10, 2008

Sarawak: 1,336 rakyat dijangkiti wabak Aids

Sejumlah 187 rakyat Sarawak disahkan meninggal dunia kerana didapati menghidap Aids sejak 19 tahun lalu dengan 1,336 penduduk dikenal pasti dijangkiti penyakit maut itu.

Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Alam Sekitar Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh, yang bimbang dengan perkara itu, berkata terdapat peningkatan kes penyakit Aids yang dilaporkan di negeri setiap tahun.

Justeru, beliau berkata, usaha serius perlu dilakukan untuk membendung penularan wabak Aids di Sarawak.

"Kita tidak mahu wabak berkenaan terus menular di Sarawak. Ketika ini, sejumlah 188,000 rakyat negara ini disahkan pembawa kuman HIV atau dijangkiti Aids.

"Perkara ini agak membimbangkan dan terdapatnya peningkatan kes seumpamanya di Sarawak," katanya ketika merasmikan Forum Bersama Membenteras Aids di Pustaka Miri di sini, semalam.

Teks ucapannya dibacakan Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan, Lee Kim Shin.

No comments: