'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, December 2, 2008

Kereta bawa penumpang keempat di belakang boleh disaman

Pemandu kenderaan berkapasiti empat penumpang berdepan kemungkinan disaman sekiranya membawa lebih penumpang di bahagian tempat duduk belakang, kata Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Katanya tindakan akan diambil berdasarkan peraturan jalan raya sedia ada, sekalipun penumpang keempat di tempat duduk belakang dikecualikan daripada undang-undang pemakaian tali pinggang keledar.

“Ada undang-undang lain, bukan undang-undang tali pinggang keledar, yang boleh menyebabkan tindakan ini diambil, umpamanya kerana membawa muatan secara berbahaya,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian pelancaran program pemasangan tali pinggang keledar tempat duduk belakang di Proton Platinum Centre, Mutiara Damansara di sini hari ini.

Beliau berkata penumpang keempat di tempat duduk belakang yang tidak memakai tali pinggang keledar berisiko sehingga 80 peratus lebih tinggi untuk terbunuh atau cedera jika kemalangan berlaku.

Katanya tinjauan pertama JKJR mendapati kemungkinan terdapat penumpang keempat di tempat duduk belakang adalah sembilan peratus dan tinjauan kedua mendapati ianya menurun kepada lima peratus.

“Ini bermakna terdapat penurunan dalam trend membawa penumpang keempat di tempat duduk belakang berikutan kesedaran orang ramai dalam isu keselamatan di jalan raya,” kata Suret Singh.

Beliau berkata saman maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan terhadap pemandu kenderaan jika didapati mana-mana penumpangnya tidak memakai tali pinggang keledar.

Suret Singh memuji Proton Holdings Berhad kerana sanggup membelanjakan RM7 juta untuk kos pemasangan tali pinggang keledar secara percuma bagi 226,000 unit kenderaan Proton Saga dan Gen 2.

— BERNAMA

No comments: