'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, December 1, 2008

Sarawak: RM2.7 bilion untuk pembangunan di luar bandar tahun depan

Sejumlah RM2.7 bilion diperuntukkan untuk membangunkan kemudahan kawasan luar bandar di Sarawak pada tahun depan.

Kira-kira 53 peratus daripada jumlah peruntukan itu akan digunakan bagi membina jalan raya kampung dan luar bandar di negeri ini. Bakinya pula akan digunakan untuk menyediakan bekalan air, elektrik, kediaman rakyat miskin dan kemudahan sosial.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun, berkata peruntukan itu sebenarnya berkurangan berbanding peruntukan tahun ini berjumlah RM2.8 bilion. Katanya, kerajaan akan terus menyediakan kemudahan asas kepada penduduk kawasan luar bandar walaupun berdepan dengan masalah ketidaktentuan ekonomi dunia.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan membatalkan projek luar bandar namun jika keadaan memaksa, besar kemungkinan kerajaan akan melewatkan tarikh pelaksanaan atau meletakkan projek itu dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

"Pelaksanaan projek RMK-9 pula berjalan lancar kecuali bagi projek pembekalan air dan elektrik alternatif. "Namun kerajaan akan membuat beberapa pengubahsuaian bagi membolehkan projek itu dilaksanakan mengikut jadual," katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas merasmikan Ekspo Desaneka yang bertempat di Jalan Samariang di sini, petang kelmarin. Ekspo itu anjuran Felcra Berhad dan bertujuan mempromosikan produk desa buatan Bumiputera di negeri ini.

Ekspo seumpamanya adalah langkah dan persediaan awal untuk memasarkan produk luar bandar yang diketahui sukar mendapat tempat di pasar raya. Ia juga menyediakan ruang untuk usahawan Bumiputera meningkatkan daya saing mereka serta mengkaji kelebihan serta kekurangan produk masing-masing.

No comments: