'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, October 26, 2009

Komited AFTA dilaksana 2010

Malaysia komited untuk merealisasikan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada Januari tahun depan apabila tinggal hanya 89 produk yang belum dimansuhkan tarif cukai sepenuhnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, barangan tersebut dikategorikan sebagai sensitif, dan perkembangan itu menunjukkan negara boleh dikatakan telah mencapai tujuan AFTA.

Katanya, terdapat negara yang terkebelakang dalam pemansuhan tarif terutamanya melibatkan barangan pertanian.

Malaysia, menurut Perdana Menteri juga telah bertindak menambah 65 subsektor untuk diliberalisasikan seperti yang dipersetujui Kabinet baru-baru ini.

Najib berkata demikian pada sidang media selepas tamatnya Sidang Kemuncak ASEAN Ke-15 di sini, hari ini.

Ditanya rumusan persidangan tiga hari bermula kelmarin, Perdana Menteri memberitahu, antara perkara penting yang dipersetujui adalah berkaitan perlunya digubal peraturan seragam (SOP) bagi menyelaraskan bantuan bencana alam kepada negara anggota.

Katanya, dengan adanya SOP bagi pusat tindak balas kecemasan dan bantuan bencana di Jakarta, pelbagai kesulitan yang timbul ketika pengagihan bantuan kepada negara yang terlibat dapat diatasi.

Selain itu, Najib berkata, sidang kemuncak yang berlangsung termasuk sidang kemuncak berkaitan membawa keputusan positif dan menjadi penanda aras dalam matlamat pembentukan Komuniti Ekonomi ASEAN menjelang 2015.

Katanya, anggota-anggota Sidang Kemuncak Asia Timur iaitu China, Jepun, Korea Selatan, Australia, India dan New Zealand juga mahu melihat integrasi ekonomi mereka dengan ASEAN dipertingkatkan.

Mengenai Komuniti Asia Timur dan Komuniti Asia Pasifik, yang masing-masing dicadangkan oleh Jepun dan Australia, Najib berkata, tiada keputusan mengenainya dibuat oleh para pemimpin tetapi satu kajian mendalam akan dilakukan.

‘‘Kita tidak menolak apa-apa yang membantu kesejahteraan dan kemakmuran Asia dan Asia Pasifik,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, hasil pertemuan di peringkat pemimpin mewakili Asia Timur menunjukkan rantau itu yang dijangka menjadi kawasan pertumbuhan ekonomi dunia dalam masa terdekat, memerlukan model ekonomi yang baru.

Katanya, rantau itu akan dijadikan tapak perkilangan barangan eksport ke negara-negara barat dan adalah penting untuk komuniti ASEAN melibat sumber pertumbuhan baru itu dengan menyediakan keperluan sumber manusia.

Menurut Perdana Menteri, tanggapan bahawa abad ke-21 akan menjadi Asian Century semakin ketara apabila Asia Timur membantu proses pemulihan ekonomi global. – UTUSAN

No comments: