'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, October 23, 2009

Pencarum KWSP boleh potong lebih 11% sebulan

22 Okt. 2009 - Sebenarnya tiada masalah bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membuat potongan gaji bulanan melebihi 11 peratus.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat KWSP, Nik Affendi Jaafar menjelaskan para pencarum hanya perlu mengisi borang 17A yang boleh didapati di pejabat KWSP seluruh negara atau memuat turunnya dari laman web www.kwsp.gov.my.

Katanya, borang yang telah lengkap diisi perlu disahkan majikan masing-masing sebelum dihantar kepada KWSP untuk kelulusan.

Bagaimanapun jelas beliau, kadar caruman bulanan minimum ke dalam badan itu adalah lapan peratus seperti ditetapkan kerajaan sebelum ini.

''Tiada had maksimum atau siling yang ditetapkan, mereka boleh mencarum sama ada lebih lapan peratus mahu pun 11 peratus, atau berapa sekalipun sebulan asalkan cukup belanja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan beberapa persatuan pekerja dan pengguna di negara ini yang mahu kerajaan menetapkan semula kadar potongan 11 peratus, berbanding lapan peratus bermula 1 Januari lalu.

Kira-kira 2.2 juta pekerja di negara ini kini membuat potongan lapan peratus sebulan ke dalam KWSP, ekoran keputusan kerajaan itu.

Berikutan itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini meminta pihak berkenaan mengemukakan cadangan mereka secara rasmi kepada kerajaan supaya ia dapat dibincang dengan lebih lanjut.

Sementara itu, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pula menjelaskan para pencarum bebas kembali kepada potongan 11 peratus secara sukarela.

Nik Affendi menjelaskan, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah sekiranya para pencarum ingin kembali kepada potongan 11 peratus atau pun lebih.

No comments: