'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, October 23, 2009

Pengurusan Hutan : Sarawak kesal tidak dimaklum

22 Okt. 2009 - Kerajaan negeri tidak pernah dimaklumkan mengenai laporan Ketua Juruaudit Negara berhubung kelemahan sistem pengurusan hutan yang dipraktikkan di Sarawak.

Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan berkata, Ketua Juruaudit Negara sepatutnya mengadakan perbincangan dan mengambil kira pandangan kerajaan negeri jika ingin mengetahui lebih lanjut mengenai sistem pengurusan hutan di negeri itu sebelum mengeluarkan kenyataan.

''Kita (kerajaan) tidak pernah dimaklumkan berhubung laporan berkenaan sehingga ia dikeluarkan sedangkan sewajarnya kita perlu dibawa berbincang.

''Kita sentiasa terbuka untuk memberi penjelasan kepada mereka sekiranya ingin mengetahui sistem pengurusan hutan Sarawak secara menyeluruh," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas Laporan Ketua Juruaudit Negara 2008 bahawa Sarawak antara negeri yang lemah dalam mempraktikkan sistem pengurusan hutan.

Awang Tengah berkata, pihak berkenaan tidak mempunyai kuasa membuat penilaian mengenai piawaian tentang pengurusan hutan mampan di Sarawak kerana mereka tidak memiliki kepakaran berbuat demikian.

Katanya, ini kerana mereka hanya memiliki kuasa untuk mengeluarkan laporan berkenaan dengan pengurusan kewangan dan perlaksanaannya berbanding menghasilkan laporan mengenai sistem pengurusan hutan.

No comments: