'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, October 23, 2009

Sarawak: Jalan Matheis bahaya


HIROSHI Tomie, parah ditetak sebelum beg mangsa dilarikan ketika pulang dari restoran.



PELAJAR dari Jepun keluar malam secara beramai-ramai bagi mengelakkan kejadian buruk yang pernah berlaku di Jalan Mathies.

Pelancong asing kerap diserang, disamun penjenayah


Jalan Matheis di tengah bandar raya ini, yang menghubungkan Jalan Tabuan ke Bukit Cahaya Mata, boleh diibaratkan sebagai jalan maut berikutan kerap berlaku kes pelancong asing diserang serta disamun oleh penjenayah terutama peragut di jalan itu.

Secara kebetulan, Jalan Tabuan yang menjadi lokasi hotel bajet atau asrama pelancong, menyebabkan pelanggannya yang kebanyakannya adalah warga asing terpaksa melalui 'jalan maut' berkenaan sebelum sampai ke kawasan pusat bandar yang menempatkan kedai 24 jam serta bank.
Tinjauan mendapati Jalan Matheis sibuk ketika hari sesi persekolahan berikutan ada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuching High di situ, namun selepas pelajarnya pulang, jalan itu jarang digunakan.

Menjelang malam, jalan berselekoh dan ada belukar kecil menjadi gelap kerana cahaya lampu jalan suram menemani pelancong asing setiap malam.

Berikutan itu, ia menjadi lokasi 'terbaik' kepada penjenayah yang memilih pelancong asing sebagai sasaran utama dan tiada siapa akan membantu mangsa yang terpaksa berdepan penjenayah bersenjata.

Pemilik hotel bajet di Jalan Tabuan, Chan Kok Kwong, 36, berkata sejak beliau memulakan perniagaan di kawasan berkenaan pada 2005, difahamkan 10 pelanggan yang menginap di hotelnya dirompak dan dicederakan oleh penjenayah ketika melalui Jalan Matheis.

Katanya, pelancong asing tidak mempunyai pilihan kerana jalan itu satu-satunya jalan terdekat untuk ke pusat bandar bagi urusan bank, kedai telefon, kedai makanan segera, pasar raya serta membeli barang keperluan lain.

"Penjenayah mengambil peluang merompak pelancong asing ketika mereka melalui Jalan Matheis kerana pada waktu malam jalan itu gelap serta berselekoh yang tidak dapat dilihat pengguna jalan raya lain.

"Seingat saya tidak kurang 10 pelancong asing diserang sejak 2005 di kawasan berkenaan dan serangan terbaru membabitkan wanita warga Sepanyol yang diragut ketika melalui jalan itu pada waktu pagi.

"Mangsa bukan saja kehilangan wang dan barang berharga. Mereka juga cedera akibat melawan penjenayah dan saya terpaksa menanggung kos rawatan semata-mata mahu menjaga hati mereka," katanya ketika ditemui.

Selain wanita warga Sepanyol, turut menjadi mangsa pelancong Sweden, Jepun, United Kingdom serta Singapura yang tidak mengetahui laluan itu adalah berbahaya dan perlu dielakkan.

Serangan paling teruk pernah berlaku hujung tahun lalu apabila pelajar lelaki Jepun berusia 21 tahun, dalam perjalanan pulang ke hotel selepas membeli makanan di kedai 24 jam, diserang dua lelaki bermotosikal yang turut mencederakannya.

Dia dihampiri dua lelaki dipercayai warga tempatan, yang merampas beg duit serta iPod sebelum menyerangnya dengan pisau pemotong daging menyebabkan mangsa cedera pada muka dan tangan.

Kok Kwong berkata, beliau pernah meminta pihak polis meningkatkan rondaan di Jalan Matheis dan Jalan Tabuan, namun jarang dapat dilihat kereta peronda memantau keadaan.

"Saya merayu polis adakan sekatan di Jalan Matheis selain tingkatkan rondaan di kawasan sekitar Bukit Cahaya Mata yang menjadi tumpuan pelancong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Wong Wai Loong, berkata sememangnya pihak polis memasukkan kawasan sekitar Bukit Cahaya Mata sebagai lokasi yang kerap dipantau kereta peronda.

"Kita tidak boleh hanya tertumpu di Jalan Matheis kerana kereta peronda perlu memantau di kawasan Tebingan Kuching dan Jalan Main Bazaar yang turut menjadi tumpuan pelancong,” katanya.

No comments: