'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, June 28, 2010

Ganti Klinik 1Malaysia: MMA

Persatuan mencadangkan kerajaan guna klinik pengamal perubatan awam berbanding Klinik 1Malaysia

KUCHING: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Cawangan Sarawak mencadangkan agar kerajaan menggunakan klinik pengamal perubatan awam (GP) yang sedia ada berbanding Klinik 1Malaysia yang dikendalikan oleh pembantu kesihatan.

Pengerusinya Dr Soon Su Yang berkata MMA bersetuju memberikan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk bandar melalui klinik sedia ada.

“Klinik GP dikendalikan oleh doktor-doktor awam yang mahir dalam bidang perubatan dan sudah tentu mereka memberikan perkhidmatan terbaik dalam bidang kesihatan.

“Kebanyakan negara maju seperti United Kingdom dan Australia menggunakan pengamal perubatan awam dalam memberikan penjagaan kesihatan utama untuk semua penduduk mereka,” katanya berucap dalam Majlis Ulang Tahun MMA Ke-50 dan Ulang Tahun MMA Cawangan Sarawak Ke-38 semalam.

Dr Soon berkata orang awam harus faham kenaikan kos perubatan adalah disebabkan kenaikan harga ubat-ubatan dan peralatan yang diperlukan dalam bidang tersebut.

Beliau menambah selain itu ia juga adalah disebabkan kos pengubahsuaian bagi menyelaraskan premis atau klinik sejajar dengan peraturan dalam perkhidmatan kesihatan yang ditetapkan.

Bagaimanapun, menurut beliau kadar bayaran konsultasi perubatan pada masa sekarang menurun setiap tahun.

“Hospital Umum Sarawak (HUS) merupakan satu-satunya hospital awam di Kuching sedangkan penduduk di sini semakin bertambah dari semasa ke semasa.

“Ini membawa kepada kekurangan ruang untuk menampung pesakit yang ramai terutama katil pesakit,” kata beliau.

Menurut Soon untuk membina sebuah lagi hospital awam memakan masa yang lama sedangkan jumlah pesakit semakin bertambah.

Jesteru beliau yang mewakili MMA Sarawak mencadangkan kepada kerajaan agar mengambil alih Pusat Kesihatan Antarabangsa Sarawak (SIMC) bagi menampung kekurangan yang ada.

Bagaimanapun MMA dan orang awam amat mengalu-alukan peningkatan bilangan doktor dalam memberi perkhidmatan di hospital kerajaan.

Turut hadir dalam majlis berkenaan adalah MMA Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan.


Borneo Post 28/06/2010

No comments: