'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, June 25, 2010

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam mener

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam menerusi Bajet 2011, yang bakal dibentangkan pada Oktober ini.

Presidennya, Omar Osman, berkata permohonan untuk kira-kira 1.2 juta penjawat awam di seluruh negara itu sudah pun dibuat oleh kesatuan berkenaan kepada kerajaan tahun lalu, namun ia ditangguhkan berikutan masalah kegawatan ekonomi.

“Berdasarkan perkembangan semasa, keadaan ekonomi negara kini sudah pun kembali pulih. Jadi, saya berpendapat seluruh penjawat awam di negara ini amat berharap kerajaan dapat memberi berita baik kepada mereka menerusi pemberian bonus dua bulan gaji.

Ini penting kerana pemberian bonus berkenaan secara tidak langsung akan menjadi motivasi kepada penjawat awam dalam menghadapi Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan ceramah pada forum anjuran Persatuan Pegawai Akademik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeMASA) di Durian Tunggal, dekat sini, semalam.

Hadir sama, Presiden UTeMASA, Prof Madya Dr Raja Roslan Raja Abdul Rahman dan Penasihat Khas Menteri Pengajian Tinggi, Prof Dr Raduan Che Rose.

Omar berkata, CUEPACS juga akan mengemukakan cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung kedudukan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK), sama ada perlu diteruskan atau digantikan dengan sistem lain dalam RMKe-10.
Beliau berkata, satu kertas kerja mengenai peperiksaan itu akan dibentangkan pada prakonvesyen CUEPACS di Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.

Omar turut mengesahkan CUEPACS memohon kepada kerajaan supaya menaikkan bantuan kewangan menguruskan jenazah penjawat awam daripada RM1,000 kepada RM3,000 pada bajet akan datang.

No comments: