
FENOMENA telur ayam ‘berdiri’ mendapat perhatian beberapa murid Tabika Padungan, Sarawak yang kagum dengan faktor graviti yang menyebabkan kejadian itu berlaku semalam.
Murid-murid berkenaan diberi penerangan oleh pengetua tabika tersebut mengenai fenomena alam berkenaan yang hanya berlaku pada waktu gerhana matahari.
Peristiwa itu turut mendapat perhatian ibu bapa yang mahu mengambil anak-anak mereka pulang dari tabika.
Para saintis berpendapat bahawa di antara matahari dan bumi terdapat garis-garis medan graviti yang dapat mempengaruhi elektron-elektron dalam telur menjadi stabil sekali gus membolehkannya ‘berdiri’.
Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku di antara pukul 12 hingga pukul 1 petang berikutan graviti bulan dan matahari berada dalam keadaan sejajar
No comments:
Post a Comment