'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, January 9, 2008

Bahasa Inggeris perlu ditekankan di sekolah

Isteri Tunku Mahkota Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris mahu bahasa Inggeris diberi penekanan dalam sistem pendidikan negara bagi menyediakan golongan muda dengan tuntutan globalisasi.

Baginda yang merupakan Felo Diraja Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, generasi muda perlu disediakan dengan kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris seawal usia prasekolah.

Titah baginda, rakyat yang mahir dalam bahasa Inggeris bukan setakat mampu bersaing di negara serantau bahkan merupakan pesaing di persada antarabangsa.

Raja Zarith Sofiah juga mahu rakyat melihat kepentingan bahasa Inggeris di sekolah dan institut pengajian tinggi dalam konteks yang lebih luas daripada politik.

Menguasai bahasa Inggeris, menurut baginda, tidak bermakna rakyat mengagung atau memartabatkan bahasa asing melebihi bahasa kebangsaan.

“Kita perlu melihat makna semangat sayangkan negara dari sudut berbeza iaitu setiap ahli masyarakat perlu menguasai bahasa antarabangsa itu supaya negara tidak ketinggalan dalam ilmu,” titah baginda.

Baginda berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan Syarahan Umum Felo Diraja bertajuk Menjadi Global : Penggunaan Bahasa Inggeris dalam Abad Ke-21 Malaysia di Dewan Senat UKM di sini hari ini.

Turut hadir Naib Canselor UKM, Profesor Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Datuk Dr. Ismail Bakar.

Raja Zarith Sofiah bertitah, keupayaan menguasai bahasa Inggeris menunjukkan rakyat mengambil berat mengenai hala tuju negara kerana ilmu wujud daripada bahan bacaan berkualiti yang kebanyakannya di dalam bahasa Inggeris.

No comments: