'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, January 9, 2008

Pandangan : Teliti cadangan lanjut umur persaraan

CADANGAN Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk membuat rayuan kepada kerajaan bagi mendapatkan sagu hati khas menggantikan bonus bagi 2007 sebanyak RM2,000 kepada setiap kakitangan awam adalah wajar.

Ini memandangkan kebanyakan ibu bapa baru saja menyelesaikan pelbagai yuran dan keperluan peralatan persekolahan anak mereka. Dalam pada itu diharap pihak persatuan pesara janganlah berdiam diri tanpa membuat sebarang rayuan untuk mendapatkan imbuhan sewajarnya kepada kerajaan. Aktifkan sedikit pergerakan dan minda anda, jangan hanya merancang untuk membuat lawatan rombongan saja.

Dengan kadar kenaikan taraf hidup sekarang ini bukan saja mereka yang bekerja dengan pendapatan tetap setiap bulan bermasalah, malah pesara kerajaan juga menghadapi masalah sama.

Syor Cuepacs untuk melanjutkan umur bersara bagi kakitangan awam daripada 56 tahun kepada 60 tahun perlu dikaji sedalam-dalamnya oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atas beberapa faktor.

Pertama, kakitangan awam apabila sudah lanjut usia didapati prestasi pekerjaannya menurun dan selalu memerlukan rawatan perubatan kerana mengalami pelbagai penyakit terutama sekali kerja yang memerlukan tenaga dan pemerasan otak.

Kedua, negara kita masih mempunyai kadar pengangguran meruncing terutama sekali bagi lepasan pengajian tinggi yang memerlukan pekerjaan.

Ketiga, ialah faktor kelemahan daya berfikir yang selalu saja mudah terlupa apa yang dibuat apabila menjangkau umur 56 tahun ke atas dan ini boleh menjejaskan perkhidmatan awam itu sendiri. Saya mencadangkan hanya kakitangan yang mempunyai rekod kesihatan yang baik saja dipertimbangkan. Mereka yang tidak kerap mengambil cuti sakit serta hanya pegawai kanan kerajaan peringkat tertinggi yang berkelayakan dipertimbangkan dan begitu juga kakitangan teknikal. Pengambilannya pula biarlah secara kontrak mengikut tahun, bukannya hingga umur 60 tahun yang dicadangkan.

Petikan BH 9/1/08

Apa Pandangan dan Komen Anda ??

No comments: