WAKIL penduduk lima kampung di Bahagian Samarahan menunjukkan surat hak milik tanah yang diperoleh daripada Awang Tengah Ali Hassan (barisan kedua, tiga dari kiri) di Dewan Suarah, Kota Samarahan.
Pampasan tersebut melibatkan pengambilan sebanyak 338 lot tanah seluas 198 hektar dan projek paling tinggi menerima bayaran tersebut adalah projek pembesaran Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
Pada majlis itu juga, sebanyak 231 penduduk di lima buah kampung tradisi iaitu Empila, Tanjung Parang, Tanjung Bundong, Pangkalan Kuap dan Stakan Kuap menerima surat hak milik tanah masing-masing
Majlis penyampaian pampasan dan surat hak milik tanah disempurnakan oleh Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II serta Menteri Kemudahan Awam, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan di Dewan Suarah, di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Awang Tengah meminta rakyat supaya memahami dasar kerajaan berhubung isu pengambilan tanah yang bertujuan untuk pembangunan.
Menurutnya, matlamat kerajaan mengenai dasar berhubung isu tanah adalah pragmatik dan realistik dengan mengambil kira kepentingan rakyat serta pembangunan di Sarawak.
“Kerajaan tidak mengambil tanah begitu sahaja tetapi membayar pampasan kepada pemilik tanah mengikut harga pasaran semasa.
“Kerajaan bukan merampas tanah hingga menyebabkan kepentingan rakyat terabai,” katanya.
Sehubungan itu, Awang Tengah meminta kerjasama rakyat dalam usaha memastikan proses pelaksanaan projek-projek kerajaan berjalan dengan lancar.
No comments:
Post a Comment