Seorang pemilik kedai runcit di Jalan Matang di sini, yang enggan namanya disiar berkata, kedainya sudah mengalami kekurangan tepung gandum sejak awal bulan ini.
Beliau berkata, masalah itu pernah berlaku pada Oktober dan November lalu walaupun pada waktu itu KPDNHEP Sarawak memberi jaminan bekalan tepung gandum mencukupi.
Katanya, kini masalah serupa berulang dan harga tepung yang dibungkus sendiri RM2.00 sekilogram berbanding RM1.70 sebelum ini.
"Ada harinya, kedai saya langsung tidak mempunyai bekalan tepung gandum menyebabkan ramai pelanggan terutama pembuat kuih pulang dengan tangan kosong. Ini yang menghairan saya kerana KPDNHEP memberi jaminan bekalan tepung gandum mencukupi," katanya.
Tinjauan Berita Harian ke beberapa kedai runcit di Jalan Gambier di sini, mendapati ada kedai yang sudah kehabisan bekalan sejak beberapa hari lalu.
Seorang pengguna Ahmad Drahman, 45 meminta pegawai KPDNHEP turun padang segera bukan hanya berpandukan rekod yang diberi oleh pemborong barangan itu.
Katanya, kekurangan bekalan berlaku mungkin disebabkan ada pihak yang ingin mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan itu.
"Pegawai KPDNHEP perlu turun padang lebih kerap dan awal pagi dan sebelah petang di beberapa kedai runcit di Jalan Gambier di sini bukan hanya berpandukan rekod yang diperolehi dari pemborong.
"Rekod bekalan tepung gandum mungkin memang mencukupi, namun apa yang berlaku, ia tidak dihantar ke kedai runcit seperti sepatutnya," kata beliau.
Kelmarin Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Sarawak, Abdul Rosik Yaacob berkata, pemantauan anggota penguat kuasa mendapati tidak berlaku gangguan bekalan di pasaran pada masa ini.
Apapun katanya, pegawai kita tetap melakukan rondaan bagi memastikan tiada peniaga yang cuba mengambil kesempatan.
"Sehingga kini kita belum menerima sebarang aduan mengenai kesukaran mendapatkan bekalan tepung gandum. Pengguna yang berhadapan dengan kesukaran mendapatkan tepung gandum boleh segera melaporkan pekara itu kepada kami," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
BH 14/01/08
No comments:
Post a Comment