'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, January 30, 2008

Pemaju serah kompleks penjara baru Kuching

Selepas lebih 10 tahun dan tiga kontraktor utama bertukar, akhirnya Penjara Kuching di Jalan Puncak Borneo, bernilai RM98 juta diserahkan kepada kerajaan secara rasminya semalam oleh pemaju.

Penjara baru yang mula dibina pada 1997 bagi menggantikan Penjara Pusat Kuching, Jalan Tabuan itu dijangka dapat digunakan antara Mei dan Jun depan. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, berkata pihaknya gembira dengan siapnya kemudahan baru itu bagi menggantikan Penjara Pusat, yang menempatkan hampir 300 banduan ketika ini.

"Ketika ini, kita dalam proses terakhir pembinaan pencawang substesen yang dapat membekalkan tenaga elektrik berjumlah 33 kilowat (kW) bagi kegunaan penjara dan kawasan sekitar Mambong dan Padawan sebelum kakitangan Jabatan Penjara dan banduan dapat dipindahkan sepenuhnya.

“Setakat ini, pihak Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (KDN) berpuas hati dengan kualiti dan tahap keselamatan yang dibina menepati perancangan serta boleh dianggap antara yang terbaik di negara ini," katanya kepada media selepas menghadiri taklimat khas kompleks berkenaan di sini, kelmarin.

Taklimat selama hampir sejam turut dihadiri Pengarah Penjara Sarawak, Zawawi Ab Rahim disampaikan jurutera dari Jabatan Kerja Raya, yang memantau pembangunan kawasan berkenaan sejak beberapa tahun lalu selepas ia terbengkalai.

Penjara Kuching, Jalan Puncak Borneo sebelum ini mencipta pelbagai spekulasi dan kritikan berikutan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan sehingga Badan Pencegah Rasuah (BPR) terpaksa membuka kertas siasatan ke atas pemaju awalnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam lawatannya pada 2006 menegur masalah berkenaan, termasuk mengarahkan pembinaan penjara itu dipercepatkan bagi menampung kesesakan di Penjara Pusat, yang hanya memiliki dua blok sel banduan. Kompleks penjara baru ini mampu menampung sehingga 500 banduan lelaki dan perempuan yang ditempatkan di 30 blok sel dengan ciri pagar besi menjangkau ketinggian lima meter.

Ia turut menempatkan kompleks perumahan bagi 216 anggota dan pegawai penjara. Mengulas siasatan BPR terhadap kelewatan pembinaan penjara itu, Fu menyerahkan hal berkenaan kepada pegawai BPR bagi meneruskan siasatan serta melakukan pendakwaan ke atas pihak yang terbabit.

"Sehingga kini, pihak saya masih belum menerima sebarang laporan.

Namun, kami sedia maklum BPR sedang menyiasat kes ini secara agresif dan berharap ia dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat,” katanya.

Selain itu, beliau berkata tapak penjara lama di tengah bandar raya Kuching akan diubah suai untuk dijadikan Pusat Latihan Jabatan Penjara Sarawak untuk melatih kakitangan di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, perancangan itu bergantung kepada peruntukan kerajaan.

No comments: