'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, February 29, 2008

Jangan perjudikan masa depan rakyat, negara

Manifesto ‘Jom Ubah’ pembangkang adalah perjudian terhadap nasib rakyat dan negara: KM Sarawak

“Jangan perjudikan masa depan rakyat dan negara semata-mata kerana inginkan pembaharuan sebagaimana yang dijanjikan pihak pembangkang,” tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut beliau, manifesto ‘Jom Ubah’ yang diwar-warkan pihak pembangkang dengan menyeru rakyat menuntut pembaharuan kerajaan dalam segala aspek merupakan satu bentuk perjudian terhadap nasib rakyat dan negara.

Justeru beliau menyeru rakyat di negeri ini usah terpengaruh dengan slogan parti pembangkan yang mahukan calon Barisan Nasional yang sudah lama berkhidmat dalam kerajaan digantikan dengan calon baru termasuk calon dari parti mereka.

“Slogan Jom Ubah yang digunakan DAP untuk meraih undi simpati di kawasan parlimen Miri tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat sebaliknya akan memundurkan rakyat,” tegas beliau.

Pehin Sri Taib yang juga pengerusi BN negeri memberitahu demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Bandar Baru Permyjaya (BBP) 2008 yang diadakan di Dewan Dato Permaisuri, Desa Pujut di BBP di sini malam Rabu lalu.

Hadir sama pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr. George Chan Hong Nam, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap penyandang kerusi Parlimen Miri Datuk Peter Chin Fah Kui, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin dan Pujut, Lee Kim Shin serta Andy Chia serta Pengarah Urusan Naim Cendera Holding Berhad Datuk Hasmi Hasnan.

Dalam ucapan lanjutnya, Pehin Sri berkata tidak semestinya pemimpin lama sudah ketandusan idea, sebaliknya harus dilihat dalam prospek yang lebih jauh iaitu kebolehan dan hubungan akrabnya dengan pemimpin atasan termasuk di peringkat kerajaan pusat.

“Tidak semestinya yang lama perlu diganti dengan yang baru. Sebagai contoh.. Datuk Peter Chin (Fah Kui) beliau adalah menteri persekutuan yang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pendek kata, dia (Chin) lebih mudah berurusan dengan kerajaan pusat, sekaligus membela hak rakyat,” ujar beliau lanjut.

Sebaliknya menurut beliau, calon parti pembangkang dari DAP yang menentang Chin iaitu Fong Pau Teck, adalah orang baru di parlimen Miri. Jadi sudah tentu dia (Fong) tidak dapat berbuat apa-apa untuk membela nasib penduduk di Miri jika dipilih menjadi wakil rakyat.

No comments: