'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Wednesday, August 6, 2008

Harga beras ST15 kekal

Kerajaan hari ini memutuskan untuk mengekalkan harga beras Super tempatan 15 peratus hancur (ST15) pada paras RM1.65 hingga RM1.80 sekilogram, walaupun ada permintaan daripada pengilang untuk menaikkan harga beras jenis itu sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, berkata kerajaan sebaliknya akan memperuntukkan dana berjumlah sekitar RM400 juta sebagai bantuan subsidi kepada kira-kira 160 pengilang beras jenis itu di seluruh negara bagi mengatasi masalah kerugian yang mereka alami.

Mengenai beras import, Mustapa berkata sehingga semalam, harga runcit bagi beras itu telah diturunkan kepada RM3.50 sekilogram daripada RM4.50 sekilogram sebelum ini, setelah Bernas menurunkan harga borong beras import mulai 1 Ogos lalu.

No comments: