Tindakan orang yang tidak bertanggungjawab sengaja meletakkan batu besar di tengah jalan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Keadaan jalan yang gelap yang tidak berlampu mudah menyebabkan kemalangan sesiapa sahaja yang lalu megguna jalan ini.
Baru baru ini, pada 17 Ogos yang lalu,kira kira jam 10.30 malam, satu batu kuari sebesar 50X 15 centimeter diletak ditenggah jalan di antara jambatan Kpg. Quap Melayu dan Kuari menyebabkan dua buah kenderaan mengalami kerosakan kerana terlanggar batu berkenaan.
Dalam kemalangan tersebut, sebuah kereta mengalami pecah tayer sementara sebuah lagi mengalami kebocoran pada bahagian enjin. Nasib menyebelahi kedua dua pemandu kerana tidak terbabas dan mengalami kecederaan.
Tindakan individu sengaja meletak batu kuari sebesar saiz tersebut memang nya perbuatan tidak berfikran waras kerana ia pasti mengundang kecelakaan kepada para pemandu yang mengguna laluan jalan ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment