'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, December 7, 2009

Facebook Abang Johari tumpuan pengadu

Laman Facebook Menteri Perumahan dan Perancangan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg kini menjadi tumpuan orang ramai untuk mengadu masalah berhubung kesesakan lalu lintas di kawasan mereka.

Menurutnya yang secara rasmi memegang portfolio baru itu pada 1 Disember lalu, keadaan kini telah berubah iaitu masyarakat mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan kerajaan bagi menyuarakan pendapat masing-masing.

Justeru katanya, setiap pandangan masyarakat itu akan diambil kira kerana beliau mahu mengambil iktibar daripada kegagalan sistem perancangan bandar di tempat lain dengan mengambil langkah perlu bagi mengatasinya untuk manfaat rakyat Sarawak.

Malah, katanya, sebelum beliau mengambil alih portfolio baru itu, Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berpesan kepadanya supaya agenda perancangan bandar dilakukan dengan pendekatan mesra alam sekitar.

''Insya-Allah, ini cabaran saya. Saya minta diberi tempoh empat tahun supaya saya dapat menyelesaikan masalah bandar kita," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Memperkasa Wanita bertempat di PUSTAKA Negeri di sini yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Abang Johari berkata, beliau akan berjumpa dengan agensi yang terlibat dalam perancangan bandar supaya dapat diadakan satu pelan bagi mengatasi masalah lalu lintas di Sarawak untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Tanpa mendedahkan sebarang kos yang diperlukan, ADUN Satok itu menjelaskan, sebagai permulaan, kawasan bandar besar seperti Kuching, Sibu dan Miri akan diberi keutamaan terhadap rancangan itu.

''Saya berharap dapat melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini setidak-tidaknya untuk penyelesaian jangka masa panjang," jelas beliau.
Sementara itu, Abang Johari memberitahu, ketika ini, beliau mempunyai keahlian seramai 2,000 pengguna mendaftar sebagai peminat.

Beliau akan memperuntukkan masa pada sebelah malam untuk membalas komen-komen yang diberikan orang ramai.

No comments: