'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Friday, December 4, 2009

Tarif air, elektrik dikaji

Kerajaan akan terus mengkaji tarif utiliti termasuk elektrik untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan memelihara kepentingan rakyat.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, ketika ini kerajaan masih meneliti kadar itu dan kajian berkenaan dijangka memberi faedah kepada semua.

“Secara amnya, memang kerajaan sedang memantau keseluruhan tarif utiliti supaya harga yang ditawarkan setanding dengan negara-negara lain di rantau ini.

‘‘Apabila ramai memperkatakan mengenai persaingan di Malaysia, masalah bekalan utiliti, harganya yang mahal sering dibangkitkan dan kerajaan sedang menelitinya,’’ kata beliau.

Ahmad Husni berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Pasaran Modal Malaysia Ke-14 anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia di sini hari ini.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Husni menambah, apa yang menjadi keutamaan kerajaan sekarang adalah memastikan negara terus berdaya saing dan kekal sebagai destinasi pilihan pelaburan.

‘‘Bukan sahaja daripada aspek utiliti tetapi juga permit, kelulusan, jenayah, kemahiran pekerja dan sebagainya, ia membabitkan dari A ke Z,’’ jelas beliau lagi.

Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung beban subsidi lebih besar sekiranya tarif elektrik diturunkan, beliau berkata, kerajaan masih melihatnya daripada semua aspek.

Beliau tidak menafikan kerajaan menanggung subsidi yang besar, ia menjadi punca kenapa mekanisme baru subsidi petrol akan diperkenalkan Mei ini.

Sementara itu, beliau enggan mengulas kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui bahawa kerajaan akan menurunkan tarif bekalan elektrik dari Empangan Bakun kepada 0.32 sen daripada 0.38 sen.

Utusan 4/12/09

No comments: