'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Tuesday, March 23, 2010

Jerebu tidak jejaskan kedatangan pelancong

Kedatangan pelancong ke bandar raya Miri tidak terjejas berikutan kejadian kebakaran hutan belukar dan jerebu yang berlaku di kawasan itu.

Timbalan Menteri Pelancongan negeri, Datuk Dr. James Dawos Mamit berkata, selagi keadaan tersebut tidak menjejaskan jadual penerbangan di bandar raya itu, kedatangan serta aktiviti pelancongan di Miri tetap berjalan seperti biasa.

Menurutnya, walaupun Miri berdepan dengan masalah kebakaran hutan dan jerebu, namun pelancong tetap memilih kawasan seperti Niah dan Mulu sebagai destinasi pilihan mereka kerana ia terkenal sebagai kawasan semula jadi yang jauh daripada kesibukan kota.

''Sehubungan itu, isu jerebu dan kebakaran hutan tidak boleh dijadikan suatu perkara yang merumitkan sebaliknya usaha perlu dipergiatkan untuk memastikan Miri terus menjadi destinasi pilihan di kalangan pelancong dalam dan luar negara," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penutupan Program Mesra Rakyat Parlimen Mambong di Kampung Seratau dekat Siburan semalam.

Dalam pada itu Dawos memberitahu, masalah jerebu dijangka bertambah serius pada bulan Jun hingga September berikutan fenomena El Nino yang dijangka berlaku di wilayah Sumatera dan Kalimantan di Indonesia.

Beliau menjelaskan, fenomena itu dijangka menyebabkan angin bertiup dari selatan dan membawa jerebu dari dua wilayah berkenaan ke beberapa bahagian di Sarawak terutama di Miri.

''Justeru, saya meminta pihak berkaitan supaya dapat memantau situasi itu secara konsisten serta turun padang bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai perkembangan semasa berhubung fenomena tersebut.

''Kita perlu memupuk kesedaran dan berkongsi pengetahuan di kalangan masyarakat berhubung langkah ketika berhadapan dengan masalah jerebu supaya ia tidak menjejaskan tahap kesihatan diri dan keluarga," katanya.

No comments: