'SELAMAT DATANG KE BLOG 'PUSAT MAKLUMAT RAKYAT KUCHING'

Kami menyediakan bahan maklumat mengenai dasar-dasar kerajaan serta perkhidmatan internet bagi para pelanggan.

LEAVING THIS BLOG NOW...................

As I will be on a long months' holidays starting 7th July 2010 prior to my retirement in October 2010, I will suspend my service in updating my blog on daily issues or facts of interest.

I would like to thanks everyone for having the interest in surfing my blog and sharing the thoughts with me.

Thank you to everyone.


Monday, March 1, 2010

Lorong sampah

TILAM terpakai antara pelbagai jenis sampah yang dibuang di tepi jalan, Lorong 6A, Taman Matang Jaya menyebabkan pencemaran bau dan menjadi sarang nyamuk.


SEORANG penduduk melihat peti televisyen yang dibuang di Lorong 6A, Taman Matang Jaya.


Laluan setengah kilometer di Taman Matang Jaya bagai pusat pelupusan sisa pepejal


Meskipun panjang, Lorong 6A, di Taman Matang Jaya, sebuah kawasan perumahan, dalam bidang kuasa Majlis Perbandaran Padawan (MPP), dekat sini, tidak sampai setengah kilometer, banyak lokasi di kiri, kanan di bahu jalan itu, menyakitkan mata dan hati, kita yang sentiasa mengutamakan kebersihan persekitaran.

Sesiapa saja yang melalui lorong itu, akan melihat sekurang-kurangnya enam lokasi tempat pembuangan sampah haram, sekali gus menghidangkan bau dan masalah kepada penduduk serta orang ramai yang melalui jalan berkenaan.

Masalah itu, bukan sesuatu yang baru kepada penduduk di situ, namun sehingga kini belum ada sebarang tanda, menunjukkan perkara itu dapat diselesaikan.

Jumlah sampah yang dibuang ke kawasan itu sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Biasanya, semua enam lokasi terbabit hanya akan bersih dalam beberapa jam saja, selepas lori sampah MPP datang untuk mengambil sisa berkenaan, selepas menerima aduan daripada penduduk.

Jenis sampah yang dibuang di kawasan itu terdiri daripada pelbagai jenis termasuk sisa binaan (kayu, batu dan tanah); sisa tanaman (pokok, ranting dan daun-daun); kotak kosong, perabot rosak (kerusi, meja dan kabinet) dan sampah domestik.

Masalah itu, harus dibendung dengan segera kerana ia boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes sekali gus menjejaskan kualiti hidup penduduk.

Seorang penduduk Rasibah Sait, 42, berkata semua penduduk di taman berkenaan mendapatkan bekalan tong sampah, namun sikap tidak bertanggungjawab mereka menyebabkan jumlah sampah terus bertambah serta menjadi tumpuan serangga yang boleh membawa penyakit iaitu lalat dan nyamuk.

Beliau berkata, sikap segelintir penduduk di kawasan itu terutama yang membaiki atau membuat pengubahsuaian rumah kediaman masing-masing tetapi enggan membayar kos pembuangan sampah ke Pusat Pelupusan Sampah Bersepadu Mambong kepada MPP, menyebabkan wujud timbunan sampah di kiri, kanan lorong berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan membuang sampah di kiri dan kanan lorong itu, sehingga menyebabkan lokasi terbabit kotor dan berbau busuk serta menarik perhatian beberapa anjing tidak bertuan.

“Ada juga penduduk yang menuding jari kepada MPP dan menuduh pihak terbabit tidak melaksanakan tugas atau tanggungjawab mereka dengan sempurna,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mordiah Osman, 42, berkata langkah terbaik untuk membendung masalah itu ialah MPP harus menguatkuasakan Seksyen 18 (1) (a) Undang-Undang Kecil Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan) 1999.

Beliau berkata menurut undang-undang itu, tidak ada sesiapa pun boleh melonggok, menggugur, meletak atau membuangkan apa-apa barang atau benda di mana-mana tempat awam.

Katanya, denda kepada mereka yang terbukti melakukan kesalahan ialah RM1,000 untuk kesalahan pertama.

“Manakala untuk kesalahan kedua dan seterusnya ialah denda tambahan RM2,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

“Sekiranya tindakan tegas itu, dilakukan MPP pasti mereka yang kerap melakukan kesalahan berkenaan akan berhenti daripada melakukannya,” katanya.

No comments: